Featured Posts

Mirlme Blog Rss

7 Motivasi Perniagaan Internet

Posted on : 27-03-2011 | By : mirlme | In : Blog, Motivasi, Tips Motivasi

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

3

Kali ini saya ingin berkongsi 7 Motivasi Perniagaan Internet. Motivasi penting dalam perniagaan internet…Motivasi boleh diibaratkan sebagai petrol yang memacu usahawan internet untuk mengejar cita-cita. Pada entri kali ini saya ingin berkongsi motivasi dari rancangan Breakthrough with Tony Robbins, sebuah rancangan yang dikendalikan pakar motivasi yang tidak asing lagi iaitu Anthony Robbins.

Dalam rancangan Breakthrough with Tony Robbins, Anthony Robbins menyatakan terdapat 7 langkah untuk memotivasikan diri iaitu :

1. Change the environment

Ubah persekitaran cara kerja kita, cuba untuk bekerja dalam pelbagai bentuk keadaan dan akan muncul pelbagai idea baru.

2. Face the problem

Hadapi pelbagai masalah dengan tenang, anggap masalah itu adalah cabaran yang perlu dihadapi jangan lari daripada masalah.

3. Expand your limit

Besarkan had diri anda, sekiranya bulan ini anda dapat 4 angka, target untuk dapat 5 angka bulan depan, sekiranya dah tercapai 5 angka, target 6 angka pula.

4. Change your perspective

Ubah perspektif terhadap kehidupan. Sekira berhadapan dengan kesukaran dalam kehidupan, cuba untuk lihat orang yang berada dalam keadaan lebih teruk lagi dan hargai kehidupan.

5. Own the lesson

Pelajari kehidupan daripada orang yang pernah melalui jalan kesusahan yang kita ingin lalui. Dari situ kita dapat mengelak melalui kegagalan dan mempercepatkan proses mencapai kejayaan.

6. Design the future

Bina masa depan dengan spesifik, cuba bayangkan anda sedang menikmati gaya kehidupan yang anda idam-idamkan, kereta idaman, astana idaman, isteri idaman…

7. Take Action

Terus bertindak untuk mencapai cita-cita dan kehidupan yang anda idam-idamkan. Jangan tunggu lama-lama untuk memulakan langkah pertama.

Jom Klik LIKE

A.S. Mereka Yang Bergaji 6 Angka Sebulan Muflis – Krisis Ekonomi!

Posted on : 16-08-2009 | By : mirlme | In : Blog

Tags: , , , , , , ,

2

Semalam lepas tonton Oprah Winfrey Show..

mereka yang dapat gaji 6 angka sebulan muflis!

semua disebabkan Krisis Ekonomi di Amerika Syarikat!

Ada juga bekas jutawan yang tinggal di khemah!

Dan ditanya apakah perkara yang mereka ingin lakukan

jika mereka dapat kembali ke masa silam

“ingin membuat simpanan yang banyak untuk hari tua”

dari apa yang saya tengok rancangan oprah malam tadi,

mereka gaji angka 6 ini motivasi mereka sangat tinggi…

mereka tetap positif terhadap kehidupan…

biar pon mereka muflis, namun ia adalah turning point bagi mereka dalam khidupan..

disini mereka muflis adalah disebabkan :

-berjudi di las vegas

-tiada pelaburan tetap

-amalan berhutang

jadi kepada para IM Malaysia, simpanlah duit anda setiap bulan, cukuplah sekadar 10% dari jumlah pendapatan bulanan anda..Janji istiqamah…

Jom Klik LIKE

Hezle Mohd Helan – Pengarah Urusan Hez Communications Sdn Bhd (HezComm) dan Ketua Eksekutif Imagika Sdn Bhd

Posted on : 10-08-2009 | By : mirlme | In : Blog

Tags: , , , , , , , , ,

0

NAMA: Hezle Mohd Helan

UMUR: 34 tahun

LAHIR: 7 Ogos 1975 di Petaling Jaya, Selangor

JAWATAN: Pengarah Urusan Hez Communications Sdn Bhd (HezComm) dan Ketua Eksekutif Imagika Sdn Bhd

PENDIDIKAN: Sekolah Agama Maahad Hamidiyah, Kajang, Selangor; Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Jasin, Melaka; Maktab Sains Mara Kulim, Kedah; Ijazah Komunikasi Massa Universiti Sains Malaysia (USM) dan Ijazah Lanjutan Komunikasi Massa, University Of Minnesota, Amerika Syarikat (AS)

ISTERI: Afza Zuliana Abd Jalil

TARIKH BERKAHWIN: 31 Mei 2009

SEWAKTU zaman kanak-kanak, dia pernah mempunyai rakan imaginasi yang dianggap benar-benar wujud menyerupai watak Mickey Mouse dan sering berbual dengan ‘rakan baiknya’ pada masa lapang.

Apabila umurnya meningkat remaja, dia masih berkawan baik dengan rakan imaginasinya sebelum ia beransur-ansur pudar apabila berpeluang melawat taman tema terbesar di dunia iaitu Disneyland di Amerika Syarikat (AS).

Lawatan berkenaan tidak habis di situ kerana tidak lama kemudian dia mendapat ilham untuk membina sebuah taman tema sama di belakang kediamannya di Petaling Jaya. Namun, ia tidak dapat dilaksanakannya buat masa sekarang atas pelbagai faktor.

Atas sebab itu Hezle Mohd Helan, 34, berjinak-jinak dalam bidang produksi dengan menubuhkan Hez Communications Sdn Bhd (HezComm) dan Imagika Sdn Bhd (Imagika) dengan dia selaku Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif di dua syarikat itu.

“Sebagai anak ketiga, saya menganggap diri saya berdepan masalah dikenali sebagai ‘sindrom anak tengah’ yang kononnya tidak mendapat perhatian penuh daripada keluarga walaupun ia berlaku sebaliknya.

“Kerana terasa mengalami sindrom itu, saya mula melakukan banyak perkara untuk menarik perhatian anggota keluarga lain. Tamat pengajian, saya terus bekerja dan mengumpul modal untuk membuka perniagaan,” katanya.

Akhirnya, impian membuka perniagaan sendiri tercapai pada 2003 apabila HezzComm ditubuhkan manakala Imagika pula menyusul lima tahun kemudian.

HezzComm menjurus kepada penerbitan audio visual seperti iklan, penyiaran televisyen serta filem manakala Imagika pula bagi membina laman web, pengurusan acara dan jualan barangan bertanda dagangan.

“Saya masih ingat dibawa ayah (Mohd Helan Abu, 66) dan ibu (Khatijah Churaimi, 63) ke Disneyland ketika berumur 18 tahun.

“Saya rasakan impian jadi kenyataan kerana selepas terlalu lama berinteraksi dengan rakan imaginasi iaitu Mickey Mouse, akhirnya saya berjaya bertemu dengannya,” katanya.

Sejurus kembali, Hezle membulatkan tekad untuk berjaya dan belajar dengan rajin bagi memastikan cita-cita ketika di Disneyland tercapai.

Tamat pengajian lanjutan di AS, beliau mula bekerja di beberapa syarikat produksi sebelum mengumpul modal dan akhirnya berjaya membuka dua syarikat berkenaan.

“Sejurus kembali ke tanah air dan memulakan perniagaan, saya seolah-olah menjadi ‘penggila’ robot. Apa saja berkaitan dengannya pasti menarik perhatian saya.

“Saya tidak mendapatkan pelajaran berkaitan bidang robotik secara formal, sebaliknya belajar daripada pakar serta mentelaah bahan bacaan berkaitan bidang itu,” katanya.

Dengan sedikit ilmu di dada, Hezle mula mengorak langkah mencipta robotnya dan apabila mendapati ia mendatangkan kesan positif terhadap diri serta orang sekeliling, Kelab Kaki Robot ditubuhkan pada penghujung 2008 dengan beliau selaku presidennya.

Kegilaannya terhadap bidang robotik tidak terhenti setakat itu saja, malah membawanya ke alam baru iaitu mencipta robot bersaiz manusia dewasa dengan harapan ia akan dihantar ‘berperang’ di layar perak.

“Kegagalan pertama saya ialah pada 2001 apabila skrip dihantar berkaitan drama sains fiksyen dengan robot sebagai watak utama ditolak mentah-mentah atas alasan ia tidak mengikut arus perdana yang mahu kisah cinta tragis selain kekeluargaan pada masa itu.

“Bagaimanapun, kegagalan itu tidak dijadikan alasan untuk berhenti, sebaliknya saya cantikkan lagi skrip hinggalah akhirnya ia berjaya dijadikan asas penghasilan sebuah filem aksi sains fiksyen yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, dengan dua robot ciptaan saya serta beberapa rakan bakal menjadi adi wira dan saingannya,” katanya tersenyum puas.

Beliau kini dalam rangka mengeluarkan sendiri barangan permainan robotik dan rundingan peringkat akhir berjalan dengan sebuah syarikat luar negara bagi menghasilkannya secara besar-besaran.

Berkaitan isteri tercinta, Hezle tidak segan silu memaklumkan, beliau mula jatuh cinta terhadap wanita itu selepas melihatnya cukup dedikasi dalam melaksanakan setiap tugasan diamanahkan.

“Isteri, Afza Zuliana Abd Jalil, 31, mulanya bertugas di Imagika dan dia menyiapkan banyak tugasan diamanahkan dengan cemerlang. Saya memang cerewet memilih teman wanita dan semua ciri yang saya inginkan ada padanya.

“Kami mula serius pada hujung 2008 sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada 31 Mei lalu. Saya tidak kisah bertugas di bawah satu bumbung kerana walaupun memegang status suami isteri, kami tetap jalankan tanggung jawab pejabat secara profesional,” katanya.

Dalam masa sama mereka kerap berbincang, termasuk sebelum keluar rumah untuk ke pejabat. Ini kerana, Hezle berpendapat, syarikat ditubuhkan baru beroperasi dan tidak wajar membuang masa kerana kekukuhan perniagaan hanya dapat dicapai dengan kerja keras.

Hezle turut memaklumkan, ibu bapanya pernah membantah keinginannya untuk menyambung pengajian dalam bidang komunikasi massa, tetapi beliau tetap berdegil kerana minat mendalam.

“Saya katakan kepada mereka, saya yakin akan mampu melakukan perkara terbaik dalam hidup dengan mengikuti pengajian berkenaan.

“Kini, mereka antara individu yang gembira dengan kejayaan kecil saya, malah menjadi penyokong utama dalam banyak perkara, khasnya kerjaya. Saya pasti, doa restu mereka turut menjadi resipi utama dalam kejayaan dikecapi kini,” katanya.

Related Posts with Thumbnails
Jom Klik LIKE