Featured Posts

Mirlme Blog Rss

Rahsia Tarikh Lahir Wanita

Posted on : 09-06-2009 | By : mirlme | In : Blog

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

1

ISNIN

Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan.
Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA

Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU

Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya.
Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit.
Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.
Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS

Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia
pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT

Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.
Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU

Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan.
Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD

Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros.
Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

Jom Klik LIKE

6 Tanda Terlebih Beri Cinta

Posted on : 09-06-2009 | By : mirlme | In : Blog

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

1

1. kamu menelefon si dia lebih dari si dia menelefon kamu

2. Segala perancangan untuk keluar semuanya kamu yang aturkan, tidak pernah sekalipun dia cuba mengajak kamu keluar. Bukan itu sahaja, si dia juga tidak pernah membayar apa-apa sepanjang kamu keluar bersama. hanya kamu sahaja yang keluarkan wang

3. Kamu sahaja yang sering memberikan si dia hadiah sedangkan si dia langsung tidak teringat untuk memberikan hadiah biarpun pada hari jadimu

4. Apa sahaja yang di mintaknya, kamu pasti akan sedaya upaya mengadakannya biarpun sesetengah daripada permintaannya itu di luar keupayaan kamu, namun demi cinta, kamu sanggup menebalkan muka meminjam wang dari teman-teman untuk mendapatkan apa yang diinginkannya

5. Setiap kali membawanya keluar, kamu sentiasa memastikan kamu membawannya ke tempat-tempat yang mahal dan mewah. tujuan kamu berbuat demikian kerana mahu dia sentiasa gembira dan seronok keluar bersama kamu. walaupun pada hakikatnya kamu bukanlah terlalu kaya untuk berbuat demikian

6. Begitu memanjakan si dia, biarpun sudah pasti si dia melakukan kesalahan dan cuba curang pada kamu, tetapi kami hanya bersikap tidak nampak kerana tidak mahu hubungan kamu dan dia terjejas.

akibat terlebih beri cinta

1. Kamu akan cepat merasakan diri tertipu dan marah andai suatu hari nanti si dia gagal memberi apa yang selalu diberikannnya pada kamu atau apa yang diberikannya telah berkurangan. misalnnya di awal percintaan, sia dia setiap hari akan menghadiahkan kamu sekuntum bunga dan sekeping kad. tetapi lama kelamaan hanya sekuntum bunga sahaja di hadiahkan untuk kamu tanpa kad. kemudian semakin lama. sia dia langsung tidak memberi apa-apa. kamu pasti akan cepat merasa sedih dan menganggap si dia tidak lagi menyayangimu. Akhirnya hubungan kamu dan dia ibarat retak menanti belah hanya kerana hal yang kecil

2. oleh kerana kamu merasakan telah memberi terlalu banyak, wujud perasaan terdesak dalam diri akibat terlalu ingin melihat hasil atas apa yang telah kamu beri dan lakukan. Misalnya kamu sanggup berkorban semua dari gaji kamu untuk membeli hadiah untuknya. kamu terlalu berharap si dia menghargai apa yang telah kamu buat untuknya dan akan melakukan sesuatu yang lebih baik dari itu untuk kamu. namun ia berlaku sebaliknya, kamu pasti akan rasa sedih dan tersinggung. Seterusnnya hubungan kamu pasti tidak mampu bertahan lagi

3. Kamu tidak mengendahkan diri sendiri kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pasangan kamu. pakaian kamu tidak pernah bertukar sedangkan untuk pasangan kamu setiap minggu kamu mengajaknnya keluar membeli belah. Bukan itu sahaja, kamu sendiri hanya mampu belajar sampai tahap diploma tetapi demi si dia kamu sanggup habiskan membiayai pelajarannya sampai ke peringkat tertinggi. Akhirnnya pekerjaan, pelajaran atau apa sahaja yang kamu lakukan akan terjejas dan kesannya akan berbalik kpd perhubungan kamu. tidak mungkin si dia mahu terus bersama kamu andainya dia merasakan kamu terlalu banyak kekurangan dari dirinya

4. Keceriaan dalam hidup kamu makin hari makin hilang. kamu hanya akan gembira apabila dapat membuatkan si dia gembira. mungkin kamu sedar yang kamu sebenarnya hanya dipermainkan, diperbodohkan dan di ambik kesempatan namun kamu tidak mempedulikan semua itu dan terus berusaha untuk mendapatkan si dia hanya atas nama cinta. Pun begitu lagi jauh kamu mengejarnnya, si dia semakin tidak mengendahkan kamu kerana si dia tahu apa pun yang si dia lakukan pada kamu ia tidak akan sedikitpun melunturkan cinta kamu padannya

5. lama kelamaan si dia hanya akan bersama kamu apabila si dia memerlukan pertolongan kamu sahaja. Sekiranya tidak, sia dia akan mula menjauhkan diri kamu dan memberi pembagai alasan apabila kamu ingin bertemu. Manakala kamu pula semakin kerap membuat, memberi dan melakukan segalanya untuk si dia bagi memastikan si dia kekal bersama kamu. namun tindakkan kamu itu ternyta sia sia. Si dia tidak pernah menghargai apa yang kamu lakukan.

Tindakan sebaiknya

Apa yang perlu kamu lakukan ialah berhenti berharap. Maksudnya, andai kamu terlebih beri sebaiknya berhenti atau kembali melangkah ke belakang semula supaya perhubungan boleh bernafas kembali. cara yang boleh kamu lakukan ialah elakkan daripada menghubunginya. Diamkan diri buat sektika. kalau boleh, pergi melancing, balik kampung, berehat ke tempat lain dan hantar satu poskad sahaja kepada si dia. Sekirannya kamu tidak boleh melancong atau ke tempat lain. Sibukkan diri kamu mungkin dengan kerja atau dengan rakan untuk beberapa minggu. jangan risau, kamu tidak akan kecewa. Ini penting, berikan ruang untuk perhubungan kamu. biar masa berlalu tanpa ada tindakan dari kamu dan jangan lupa masa yang sama kamu perlu sentiasa ceria. mungkin sesekali boleh buat panggilan telefon dan sms tetapi jangan bercakap terlalu lama dan kerap sms. sekadar bertanya khabar sudah memadai, itu pun mungkin 2 minggu sekali. wujudkan ruang seperti ini dalam perhubungan membolehkan kedua pihak memikirkan semula hala tuju perhubungan. segala tindakan yang tidak sesuai dapat diperbetulkan semula. tindakan yang tepat dan baik untuk perhubungan dapat dibuat kerana fikiran kamu telah kembali normal dan keputusan tidak dibuat berdasarkan emosi

Related Posts with Thumbnails
Jom Klik LIKE