Mirlme Blog » mirlme blog

Buat Duit Dengan Blog
Buat Duit Dengan Blog ialah satu topik yang tidak asing lagi dewasa ini, ramai para blogger yang mampu mencapai pendapatan sehingga 5 angka hanya dengan blogging dari keselesaan rumah mahupun bilik asrama sahaja…

Mirlme sendiri bermula blogging dari bilik asrama di Universiti sehingga bergelar seorang Usahawan Blog kini… Terdapat pelbagai cara nak “Buat Duit Dengan Blog” ni sebenarnya antaranya ialah :

1. Buat blog & jual

Ini ialah cara paling mudah kerana anda tidak perlu nak tunggu lama, hanya siapkan sebuah blog & jual. Caranya ialah pastikan blog yang anda hasilkan itu mantap dari segi isi kandungan serta “niche” hangat di pasaran.

2. Buat blog & sewa iklan

Ini ialah teknik yang sering kali dilakukan oleh ramai bloggers di luar sana iaitu sewa tapak iklan di dalam blog sendiri, 100% keuntungan adalah hak milik para bloggers. Bagi sebuah blog yang popular, pengiklan akan cari bloggers, apa perlu bloggers buat ialah cuma tarik traffic sahaja…

3. Buat blog & monitize

Ini teknik yang paling universal dimana bloggers hanya perlu buat blog dan “monitize” dengan pelbagai pengiklanan tempatan mahupun luar negara, terdapat pelbagai pengiklanan yang boleh dipilih sekarang ni namun pastikan mereka membayar anda dengan nilai yang setimpal dengan usaha anda

Kisah Kejayaan Rozita – Pengasas Sendayu Tinggi
Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.

Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

7 Kualiti Yang Perlu Ada dalam Setiap Internet Marketers
1.Belajar

Anda mesti sentiasa ada sifat ingin belajar tak kira setinggi mana sekalipun imu anda dalam IM,kerana ilmu tak pernah habis,belajar tak kira dengan sesapa sahaja baik dari newbie atau otai.

2.Bertindak

Sering bertindak dengan cepat dan selalu berusaha kearah memajukan perniagaaan,no action no money

3.Semangant Ingin Berjaya

Keinginan untuk berjaya amat penting kerana dari semangat inilah yg akan memacu diri anda agar lebih bekerja keras ke arah kejayaan

4.Disiplin Diri

Ini juga amat penting jika ingin berjaya,lakukan perancangan anda dan latih diri berdisiplin dalam mengikuti segala perancangan yang telah dibuat,jangan lakukan sesuatu benda dengan hangat2 t**i ayam jer.hari ini nak buat esok buat benda lain yang tidak mendatangkan keuntungan kepada anda

5.Bersikap Positif

Sentiasa bersifat positif dengan segala apa jua tindakan kita,jangan sesekali terpengaruh dengan sikap2 negatif kerana ianya akan membantutkan impian kita untuk berjaya

6.Jangan Cepat Mengalah/Putus Asa

Segala kesenangan tak akan datang dalam sekelip mata,tanaman pun tak akan membuahkan hasil setelah semalam ditanam,jadi bersabar dan tempuhi segala cabaran dengan rela hati dan jangan putus asa

7.Fokus

Sentiasa jaga momentum fokus anda jangan sesekali anda terleka,sentiasa berfikir dan mencari idea2 segar,ikuti perancangan anda secara teliti

credit to Zarul