Featured Posts

Mirlme Blog Rss

300 Unit Business Card Dah Sampai!

Posted on : 27-08-2009 | By : mirlme | In : Blog

Tags: , , , , ,

0

Akhirnya 300 Unit Business Card yang mirlme tempah sudah sampai ke rumah semalam,

Seperti yang mirlme terangkan dalam artikel Kepentingan Business Card Kepada Perniagaan Anda

Memang mirlme berpuas hati dengan hasil kerja designer yang bernama Wan ini..

Jauh tu, dari Kota Bharu, Kelantan sampai Ke Kuching, Sarawak..

Cantik, Licin dan Pastinya Berbaloi-Baloi..

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Kepada yang nak tempah business card dengan harga yang berbaloi-baloi..

bolehlah pergi ke WMGRAPHIC

Jom Klik LIKE

Kepentingan Business Card Kepada Perniagaan Anda

Posted on : 27-08-2009 | By : mirlme | In : Blog

Tags: , , , , ,

0


KEPENTINGAN BUSINESS CARD KEPADA PERNIAGAAN ANDA

01. KEPENTINGAN BUSINESS CARD
Business card merupakan antara item yang paling penting dalam perniagaan anda. Ia menjadi penghubung antara anda dengan pelanggan yang sedia ada dan bakal pelanggan dimasa akan datang. Ia membantu anda membina rangkaian perniagaan yang meluas.

Business card yang menarik pasti dapat menarik minat pelanggan untuk menggunakan produk dan servis anda. Bagaimana business card anda boleh dikatakan menarik? Saya akan terangkan dalam tajuk dibawah.

02. INFO PADA BUSINESS CARD
Perkara yang boleh dimasukkan.
1. Nama
2. Jawatan
3. Nombor telefon & faks
4. Produk & servis
5. Nama perniagaan
6. Alamat perniagaan
7. Logo
8. Tagline

Cuba terhadkan info anda kepada perkara yang perlu sahaja. Ini bergantung kepada perniagaan atau servis yang anda sediakan.

03. JENIS-JENIS BUSINESS CARD
Terdapat beberapa jenis business card. Antaranya
1. Standard business card
2. Lipat dua (Fat Fold)

04. PENGGUNAAN WARNA & TEKS
Gunakan warna yang berkaitan dengan perniagaan anda. Elakkan dari penggunaan warna yang terlalu banyak. Cuba guna 2-3 warna sahaja.

Ciri-ciri teks untuk business card
1. Warna teks yang kontra dengan warna background.
2. Penggunaan font yang mudah dibaca. Elakkan font yang terlalu fancy.
3. Size teks hendaklah boleh dibaca dengan jelas. Jangan terlalu kecil.

05. PENGGUNAAN LOGO
Letakkan logo ditempat yang sesuai pada business card anda. Biasanya ia diletakkan diatas bucu sebelah kiri. Tetapi ia tiada standard yang tetap cuma pastikan ia sesuai dengan design anda.

06. JENIS CETAKAN: OFFSET @ DIGITAL
Terdapat 2 jenis cetakan yang biasa digunakan sekarang.

1. Offset | Cetakan menggunakan mesin. Kualiti business card sangat cantik. Saiz font paling kecil boleh dicetak adalah 4 pixel. Digunakan untuk cetakan yang banyak.
2. Digital | Cetakan menggunakan printer berkeupayaan tinggi. Biasanya digunakan untuk cetakan yang sedikit.

07. JENIS KERTAS
Terdapat beberapa jenis kertas yang digunakan. Antaranya ialah:

1. Art Card 260gsm
2. Art Card 230gsm

08. SAIZ BUSINESS CARD
Saiz standard adalah 86 pixel x 52 pixel. (lebar x tinggi)

Saiz juga boleh customize.
1. Saiz minimum : 40 pixel x 40 pixel
2. Saiz maksimum : 90 pixel x 60 pixel

09. CIRI-CIRI BUSINESS CARD
1. Matte lamination :
2. Gloss lamination :
3. Round corner :
4. Spot UV :
5. Hot stamping :

10. SAMPEL BUSINESS CARD
Untuk mendapatkan sampel business card. Anda boleh layari laman web dibawah.

http://www.excard.com.my

http://www.xprint.com

Klik pada link request sample. Masukkan nama dan alamat anda. Sampel akan dikirimkan kepada anda.

11. RUJUKAN/CONTOH BUSINESS CARD
Anda boleh layari laman web dibawah untuk mendapatkan rujukan kepada business card anda.

www.flickr.com
www.deviantart.com

Related Posts with Thumbnails
Jom Klik LIKE