Featured Posts

Mirlme Blog Rss

Wan Shariman Abdul Rashid – Pengarah Operasi 3 Brader Auto Mall

Posted on : 10-08-2009 | By : mirlme | In : Blog

Tags: , , , , , , , , , ,

0

NAMA: Wan Shariman Abdul Rashid

UMUR: 36 tahun

LAHIR: 27 Februari 1973 di Melaka

JAWATAN: Pengarah Operasi, 3 Brader Auto Mall

ISTERI: Norafizah Abu Bakar

ANAK: Mohd Syafiq Daniel, Nurul Syafiqa dan Nurul Syafiza

PENDIDIKAN: Sekolah Rendah La Salle, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah St John’s, Kuala Lumpur; Institut Bank-bank Malaysia (IBBM)

KENDERAAN pertama miliknya ialah sebuah Perodua Kancil tapi kini Wan Shariman Abdul Rashid, 36, dicemburui banyak pihak kerana mampu ‘memiliki’ kereta mewah seperti seperti Lamborghini, Ferrari, Cayenne dan Hummer.

Semua kereta mewah itu bukan untuk kegunaan peribadinya, sebaliknya ia sebahagian daripada koleksi jualan syarikat 3 Brader Auto Mall yang diasaskan Wan Shariman bersama dua rakannya sejak lima tahun lalu.

Siapa saja yang melalui Jalan 14/6 Seksyen 14, Shah Alam, Selangor, pasti sukar mengalih pandangan terhadap dewan pameran 3 Brader Auto Mall yang begitu gah dengan pelbagai kereta berjenama mewah tersusun di dalamnya.

Wan Shariman yang turut memegang jawatan Pengarah Operasi berkata, 3 Brader Auto Mall menjalankan perniagaan mengedar serta menjual kenderaan import baru serta terpakai berjenama.

“Sebelum ini saya tidak pernah terfikir untuk terbabit dalam perniagaan berskala besar seperti ini, sebaliknya memadai dengan kerjaya yang cukup untuk menyara diri serta keluarga.

“Bagaimanapun, segala-galanya berubah selepas saya bertugas di sebuah syarikat permotoran dari luar negara,” kata bekas pemain ragbi bawah 23 tahun kebangsaan itu.

Menurut Wan Shariman, kerjaya awalnya ialah di bidang perbankan dan beliau pernah bertugas di dua bank terkemuka di ibu negara sebelum mengalih tumpuan ke bidang permotoran, juga di dua syarikat besar.

“Ketika bertugas di syarikat berkenaan, baru saya mendapat idea untuk menubuhkan 3 Brader Auto Mall apabila menyedari potensi besar pasaran bagi kenderaan import baru serta terpakai,” katanya.

Bukan mudah untuk menubuhkan syarikat berkenaan kerana menurut Wan Shariman yang berasal dari Melaka dan dibesarkan di ibu kota, beliau berdepan pelbagai cabaran seperti kewangan selain pasaran.

Menurut beliau, bagi urusan mendapatkan pinjaman serta kelulusan bank saja memerlukannya berusaha keras menyediakan kertas kerja serta pelbagai lagi dan ia mengambil masa hingga enam bulan sebelum semua proses diperlukan selesai.

Wan Shariman berkata, perkara pertama ketika memikirkan idea untuk membuka 3 Brader Auto Mall ialah mendapatkan restu ibu, Birat Amin, 58, bapa, Abdul Rashid Pawanchik, 66, serta isterinya Norafizah Abu Bakar, 38.

“Pada mulanya, mereka bimbang kerana kos untuk memulakan perniagaan berkenaan sangat tinggi, selain keadaan ekonomi pula kurang memberangsangkan. Bagaimanapun, saya berjaya meyakinkan mereka dan syukur, akhirnya mereka memberi restu,” katanya.

Menurut Wan Shariman, sebelum memulakan perniagaan berkenaan, beliau serta dua lagi rakan kongsinya menjalankan perniagaan menjual kenderaan secara kecil-kecilan di Seksyen 13, Shah Alam sejak 2003 hingga 2007.

Akhirnya, selepas berbincang panjang, mereka bertiga setuju membesarkan lagi operasi dengan membuka 3 Brader Auto Mall.

“Kami nekad dengan keputusan itu dan pada 1 November 2008, operasi 3 Brader Auto Mall bermula. Selepas kira-kira tujuh bulan membabitkan diri dalam perniagaan, semua yang dirancang berjalan lancar.

“Setiap bulan kami mampu menjual sehingga 15 kenderaan mewah pelbagai jenama, sama ada baru serta terpakai dari Jepun atau United Kingdom (UK),” katanya.

Menurut beliau, ketika memulakan perniagaan berkenaan, ramai pihak sangsi dengan cita-citanya serta dua lagi rakan kongsi dengan membuat pelbagai tanggapan negatif.

Antaranya ialah masa untuk memulakan perniagaan tidak tepat kerana ekonomi dunia sedang merudum, pasaran semakin mengecil dan pelbagai lagi.

“Selepas mendapatkan pelbagai pandangan, banyak perkara negatif terlintas di fikiran kami dan menyebabkan timbul banyak masalah, tetapi itu semua berjaya diselesaikan dengan baik.

“Kami nekad untuk tidak terlalu memikirkan banyak tanggapan negatif, sebaliknya berusaha keras bagi memastikan perniagaan baru diceburi ini mendapat sambutan,” katanya.

Wan Shariman tidak akan lupa saat paling getir pada awal pembabitannya dalam perniagaan apabila terpaksa mencagarkan kediaman serta pelbagai lagi harta yang ada semata-mata mahu memastikan pinjaman bank diluluskan secepat mungkin.

Kerana itu beliau nekad tidak menoleh ke belakang lagi kerana berpendapat terlalu banyak masa, tenaga serta pengorbanan daripadanya selain orang sekeliling dicurahkan.

“Saya sudah nekad selain tidak mahu mengecewakan banyak pihak yang memberi sokongan selama ini. Kerana itu, pada saya, tiada istilah toleh ke belakang atau berundur kerana inilah kehidupan saya sekarang.

“Saya tidak mahu terhenti di tengah jalan, sebaliknya memandang ke depan demi masa depan serta cita-cita mengangkat darjat usahawan Bumiputera ke tahap lebih tinggi kerana selama ini perniagaan seperti itu lebih banyak dimonopoli syarikat bukan Bumiputera,” katanya.

Dalam masa sama, Wan Shariman turut berhasrat membuka cawangan 3 Brader Auto Mall di utara dan selatan tanah air sebagai satu daripada pelan jangka panjang syarikat selepas kedudukan kewangan serta pasaran syarikatnya kukuh.

“Yang penting sekarang ialah mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai antara pemain utama industri ini.

“Saya anggarkan proses pengukuhan syarikat mengambil masa antara setahun hingga dua tahun dan jika semuanya berjalan lancar, cawangan 3 Brader Auto Mall akan dibuka,” katanya.

Sehingga kini, Wan Shariman masih masuk kerja tepat jam 9 pagi dan hanya pulang tengah malam kerana berpendapat ia perlu dilakukan memandangkan syarikatnya masih baru.

Berkaitan keluarga, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada isteri kerana sanggup menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga tiga cahaya mata mereka.

Beliau berkata, isterinya dan tiga anaknya, Mohd Syafiq Daniel, 12; Nurul Syafiqa, 9, dan Nurul Syafiza, 6, adalah permata kehidupannya yang paling berharga.

“Kerana itu saya bersyukur dan berterima kasih kepada Norafizah kerana sanggup menjaga anak kami ketika saya sibuk bekerja. Setiap malam, saya periksa kerja sekolah mereka selain membawa semuanya ke mana saja destinasi percutian jika ada masa terluang,” katanya.

credit to Metro

Jom Klik LIKE

Mengajar anak Matematik akhirnya jadi jutawan

Posted on : 06-06-2009 | By : mirlme | In : Blog

Tags: , , , , , , , , , , , ,

0

Nama : Judith Bliss
Warganegara : Amerika Syarikat
Umur : 48 tahun

Idea : Mereka cipta komputer games yang menolong kanak-kanak belajar
matematik. Idea beliau ialah satu pengembaraan dengan kuiz matematik. Beliau
memanggil game tersebut ‘Math Magic”

Modal mula : Tidak diketahui
Bagaimana idea digerakkan : Membuka bisnes sendiri – Mindplay. Menjual Math Magic
dan terus merekacipta beberapa komputer games.

Jualan : Menjual disekolah-sekolah – melalui pos!

Pendapatan : $1.4 juta pada tahun pertama.

Judith Bliss berasal dari keluarga yang miskin. Ayahnya suka berjudi dan akhirnya
disumbatkan kepenjara kerena merompak, semasa Judith berumur 11 tahun. Ibunya
terpaksa mengambil upah membasuh baju dan membuat kerja berat untuk hidup.

Judith yang tahu betapa pentingnya pelajaran berjaya mendapat ijazah dalam
matematik dan beliau mendapat pekerjaan sebagai komputer programmer. Beliau
berkahwin dan mempunyai seorang anak, David. Apabila David berumur 4 tahun
segala-galanya berubah.

David selalu merungut bahawa beliau merasa bosan disekolah tetapi cikgunya
berkata David sengaja tidak mahu belajar. Walaupun begitu, Judith mendapati
anaknya suka bermain komputer beliau selama berjam-jam lamanya. Ini memberikan
beliau satu idea. Bagaimana jika beliau dapat mencipta satu program, yang
mengandingkan satu pengembaraan dengan menjawab soalan-soalan matematik?

Satu komputer game yang boleh menjadikan belajar matematik sesuatu yang
menyeronokkan? Jadi, beliau telah mencipta satu program untuk melepaskan satu
mahluk yang comel dari penjara seorang nenek kebayan dengan menjawab soalan-soalan
matematik. Kalau tidak mahluk tersebut akan dipenjarakan selamanya.

Ianya berjaya! Anaknya, David sangat suka dengan program tersebut dan hanya
3 bulan sahaja keputusan peperiksaannya meningkat. Ini membuat Judith terfikir
jika program tersebut boleh menolong anaknya, ianya pasti boleh menolong
kanak-kanak yang lain.

Oleh itu beliau menubuhkan syarikatnya sendiri dan mencipta program Math Magic!

Related Posts with Thumbnails
Jom Klik LIKE