Berfikir Gaya Trump
Posted on : 26-08-2010 | By : mirlme | In : Blog
Tags: Berfikir Gaya Trump, Berfikir Gaya Trump Nazri Kadir, Bisnes & Pengurusan, Bisnes & Pengurusan Umum, Bukan Fiksyen, buku Berfikir Gaya Trump, Buku Nazri Kadir Berfikir Gaya Trump, Kepimpinan, Keusahawanan, Nazri Kadir, Nazri Kadir Berfikir Gaya Trump, Pemasaran
2

Buku Berfikir Gaya Trump dari Nazri Kadir merupakan
satu buku yang patut dimiliki oleh para Usahawan..
Saya sudah memilikinya…ternyata pengisiannya penuh bermakna dan menarik…
Sedikit sinopsis Buku Berfikir Gaya Trump
Donald J. Trump, menyambung hayat jenama Trump setelah kejatuhan teruk bisnes ayahnya. Namun begitu, jatuh bangun bisnesnya berkali-kali tidak pernah memadamkan semangat beliau. Kini, sayap empayar Trump semakin maju dan terkenal.
Dari sisi gelap, begitu banyak pandangan negatif yang dilontarkan terhadap Trump oleh pesaingnya. Bongkak, gila glamor, perjudian dan banyak lagi. Namun begitu, ada keistimewaan pada dirinya yang jarang kita sedari, iaitu gaya pemikiran.
Berfikir Gaya Trump tidak terhad menghuraikan 18 jenis gaya berfikir Trump semata-mata. Turut terkandung beberapa tokoh-tokoh Malaysia dan antarabangsa yang mempunyai irama pemikiran yang serupa.

