Featured Posts

Mirlme Blog Rss

Perbincangan Hukum Uptrend & Hai-O

Posted on : 01-09-2009 | By : mirlme | In : Blog

5

http://www.freewebs.com/uptrendbiz/uptrend2u.jpg

Menarik juga artikel Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

yang membincangkan Akan Hukum Uptrend & Hai-O ini

teruskan membaca

Salam

Semalam seorang saudara saya menelefon. Beliau seorang “usahawan” Hai-O. Baru tiga empat bulan join Hai-O, beliau telah dapat anugerah (tak sure anugerah apa) dan dapat hadiah pakej umrah. InsyaAllah hari Sabtu ni bertolak. Saya baca di akhbar, Hai-O hantar 212 agennya menunaikan umrah dengan kos melebihi RM1juta.

aya tanya saudara saya ini, bagaimana beliau melayakkan diri memenangi pakej tsb. Kata beliau, dengan jumlah group sales RM100,000. Beliau cuma perlu recruit 5 downline dengan sales RM20k seorang. Saudara saya ini juga telah melabur RM20k utk business tsb. Ada yang pakai duit sendiri, ada yang buat loan. Saudara saya ni cuba juga mengajak adik beradik yang lain join beliau, tapi setakat ni belum ada yang mengikut, alhamdulillah.

Saya pernah membeli produk Hai-O semasa saya masih bekerja tahun 2000 dulu. Tak dinafikan, masa tu seolah-olah satu trend pula memakai pakaian pelangsing badan ni. Syarikat saya bekerja tu 60% wanita, jadi trend macam ni mudah meresap. Kalau tak Beautiful, Crony atau pelbagai jenama lain lagi. Boleh dikatakan semua pekerja wanita masa tu ada pakaian pelangsing ni. Jadi bila saudara saya ni cuba approach saya, alasan saya, saya tak boleh jual sebab kawan-kawan saya semua dah ada produk ni 7 tahun dulu. Saudara saya kata, “kita sekarang bukan jual produk, kita jual peluang. Mudah dapat downline, sebab orang tahu ini lubuk duit.”

KOMEN Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman :

Maaf, saya tiada info tentang Hai-O samada plan mahupun produknya. Cuma apa yang saya tahu, syairkatnya memang besar dan tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur, dan syarikat ini bukanlah syarikat patuh Shariah jika ingin membeli saham mereka. Tapi dalam urusan membeli produk mereka dan memasuki sistem kaki mereka, wallahu ‘alam, tidak saya tahu hukumnya dan eloknya diberikan kepada Penasihat Shariah mereka sendiri. Malangnya syarikat ini nampaknya tiada penasihat Shariah, maka terpulang kepada pesertanya untuk menanggung sendiri status halal atau haramnya. Wallahu ‘alam.

Perkataan “lubuk duit” tu mengingatkan saya pada seorang jutawan Uptrend yang saya jumpa minggu lepas. Itulah ayat yang beliau guna, “kita kongsi peluang”,”ini lubuk duit”. Saya setuju untuk jumpa jutawan Uptrend tu sebab saya nak tahu dengan lebih detail ttg Uptrend. Dan saya nak sangat jumpa dengan beliau bila saya tahu yang beliau mempunyai ijazah perundangan dari UIA.

erdasarkan penerangan lengkap jutawan Uptrend tu, saya dapat simpulkan yang Uptrend memanglah satu skim piramid, skim cepat kaya. Dengan bayaran minimum RM308, peserta dapat satu kotak kopi. Bila saya tanya, berbaloikah RM308 utk kopi sekotak, kata beliau, peserta juga dapat online system yang canggih. Kata beliau, bukan mudah nak develop online system tu kat luar. Masalahnya, kalau tak join Uptrend, perlukah kita pada online system tu? Dan lagi, kenapa perlu syarikat Uptrend charge semua peserta untuk system yang dibangunkan untuk business? Tidakkah itu memaksa secara tidak adil?

KOMEN Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman :

Pertamanya, pembaca perlu tahu bahawa saya sudah menghubungi pegawai pemasaran uptrend di nombor 03-7957 9366, membuka web uptrend dan bercakap dengan ahli uptrend bagi membolehkan saya membuat ulasan ini.

Menurut majlis fatwa Indonesia, barangan yang dijual dengan harga jauh melebihi harga pasaran adalah haram. Sila buka fatwa mereka di sini.

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay

Comments (5)

t.kasih atas info saudara…sib baik ana lum join lagi :)

bro dengar anthony robbins sdah ..masih terkehel lagi..ini apa yg di katakan ..having ur own busines most people dreams,having the right thinking the real problem…

hai o dan uptrend halal, strategi marketing yang haram.unsur gahrar,maisir…sama mcm insurance..plan pemasaran x salah…biasalah orang yang xde ilmu marketng mesti rugi..kerana cetek ilmu…apa-apa nak ceburi bidang..kenu belajalr-kursus baru berjaya..mlm bukan tempat untuk melabur…tapi unruk berniaga..bila sebut berniaga…byk la syarat2 jdi peniaga…nak dapt ijazah mba pun makan 3-4 tahun..xlogikla..buat 1 thn nk kaya terus…kalau semua MLM korang nak kondem…mcm mana melayu nak maju…kerja korang pun belum tentu halal…datang xtepat masa, copy paste artikal/buku orang,bagi student ,tesis..guna software pirate…haram semua tu…buat loan dengan rumah,kereta conventional…mengumpat..fitnah orang..jangan la menghukum…rujuklah majlis fatwa kebangsaan…kalau haram dah lama company ni kene sue…terbukalah sikit….jangan katak bawah tempurung…kawan…aku xmasuk MLM..tapi sekurangnya MLM melahirkan orang kaya islam..yang tertipu tu bukan salah company tapi salh saleman@upline….kompany dah ikut saluran betul…kalau nak suruh semua company ada panel syariah…..kaya la ustaz buat dut…konon bagi consultant ….kaji. halal haram..kan dah jelas dalam al-quran hadis…perniagaan halal…aku nak sound sikit ustaz ni…jangan buat duit atas dakwah…haram…kalau nak buat duit pun dengan perniagaan,,jual barang..bukan jual ilmu…allah huallam…

salam…sebenarnya dalam Islam ada cara tersendiri untuk kaya..dan orang islam tidak akan kaya terlampau disebabkan adanya sistem zakat..jadi walaupun melayu ditimbulkan mcm mn nak kaya perlukah mengambil sistem yang mempunyai unsur gharar dan sebagainya…syarikat tidak di sue sebab dinegara ini walaupun dikatakan negara Islam tetapi masih dibawah tampuk sekularisme atau sistem konvemsional

Assalamualaikum..
kpd “Ust” jojo sepet:
tlg jgn wat fitnah @ tuduhan tanpa usul periksa.
saya di sini nk jawab tuduhan bagi student2/lecturer yg guna sume software2 pirates sbb kami diberi kebenaran atas tujuan pembelajaran.
(jgn main bantai sedap mulut jer ckp org buat benda haram)
apatah lagi students jugak ada meletakkn pemberitahuan penggunaan ssuatu maklumat @ softwares utk tujuan pembelajaran & kajian.. dh ada pon undang2 tentang perkara nie.. x menyalahi hukum piracy pon.. sudah dibenarkn..
lain kali jgn dok main terjah2 ja pendapat tue.. selidik ckit. jgn dok mai sondol pendapat xtau punca..
sbb tue org suh wat research, betul ker x ssuatu perkara tue,
nasihat sya, lontarkan hujah guna otak, jangan guna tumit, sbb tumit tu kt kaki guna dok pijak, tue yg jadi bengap, pastu degil @ hati jadi keras ( punca pemakanan plak nie), xlbleh trima nasihat org hatta dari nas Al-Quran sendiri.
“Kerana dia mempunyai (banyak) harta dan anak, lalu apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata: “”(Ini adalah) dongeng-dongengan orang-orang dahulu kala.”"( Al-Qalam : 14-15 )
Wassalam…

Write a comment