Featured Posts

Mirlme Blog Rss

Kisah Kejayaan Rozita – Pengasas Sendayu Tinggi

Posted on : 04-09-2009 | By : mirlme | In : Blog

12

rozita-sendayu-tinggi

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.

Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

Related Posts with Thumbnails
Jom Klik LIKE

Comments

comments

Comments (12)

Nice! Banyakkan berkongsi cerita-cerita begini

menarik…kisah ini memberi saya inspirasi spy tidak bergantung kpd mana2 org utk berjaya. Walaupun sy lepasan uninersiti, tak bermakna sy perlu bekerja bwh org utk berjaya. sy memiliki impian utk m’buka peniagaan sendiri namun tak elupakan tugas sbg hamba allah. alhamdulillah

rozita adalah inspirasi terbaik bagi semua muslimah… syabas rozita

kisah anda byk menyedarkan saya.menjadi muslimah yg baik dan iktibar utk semua amin.

Saya juga ingin jadi seperti anda Pn. Rozita,tapi bagaimana ya,but i will try my best

syukur kehadrat ilahi apabila melihat puan berjayadan berusaha kearah agama.saya dan suami sekarang giat berusaha untuk menjadi umat islam yg berjaya,nak keluar dr kehidupan org kebanyakkan,yg syukurlah apa yg ada.namun byk lagi utk belajar.moga diberi petunjuk oleh Allah dan panduan dr puan.

Saya juga berpurdah dan saya dapat kenikmatan iman yang tidak ternilai harganya. Dengan berpurdah ia dapat menjaga akhlak dan pertuturan hanya untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Semuga Puan Rozita mendapat kebaikan hidup didunia dan diakhirat.

as,kum saya ingin menjadi seperti puan Rozita,Berjaya,berkaliber.berwawasan dan teguh pendirian..Hakikatnya saya terlalu lemah tak pandai berinteraksi dgn org ramai..Kadang2 saya terasa malu pd diri sendiri,Insaallah saya akan berusaha utk membantu suami saya demi anak2 kami….Doa saya semoga Puan Rozita berjaya dlm hidup..

semoga puan sukses selalu..berjaya dlm hidup dan semoga bahagia bersama keluarga…

Assalammualikum puan, syabas & tahniah di atas
kejayaan puan di dalam bidang perniagaan &
hidayah yang Allah kurniakan sehingga puan benar-benar menjadi seorang insan yang bertaqwa.

Sebelum ini saya tidak ambil kisah mengenai perniagaan puan iatu Sendayu Tinggi sehinggalah puan membuka sebuah pejabat baru di Jln TAR, KL berhadapan pejabat saya.Disinilah bermulanya saya tertarik untuk mengetahui lebih mendalam mengenai puan & Sendayu Tinggi.

Buat pengetahuan puan, saya bekerja di sebuah bank yang berlandaskan syariah Islam sepenuhnya.Sebagai seorang Islam sejati,saya optimis puan amat menitik beratkan bermula dari produk,perhubungan,penjualan ataupun setiap tranksaksi yang dilakukan mengikut garis panduan Islam sebenarnya.Saya yakin keberkatan Allah akan sentiasa bersama puan & perniagaan.

Bekerja dengan sebuah bank yang berlandaskan syariah Islam,kami mengharamkan amalan riba yang terang-terang wajib kita sama-sama perangi.

Puan, kami sebagai sebuah bank Islam kami amat berminat untuk berurusan dengan syarikat puan kerana kita sama-sama ingin mempertabatkan ISLAM kerana HASILnya akan sama-sama kita nikmati di akhirat sana nanti.

Hamba Allah
019-2118111

Alhamdulillah semua juga turut bermotivasi dengan kisah kejayaan beliau! :D

Sangat menyentuh hati, Pn Rozita salah seorang smber inspirasi sy..slalu mengikuti perkembangan beliau..setelah baca kisah ni sya sedar sya juga ada terlalu byk kekurangan sng muslimah sejati,, pakaian sya walaupun bertudung tapi masih tidak sempurna dlm menutup aurat dan sering terikut2 dgn fesyen muda-mudi..
kadang sya terfikir klu la Allah tarik nyawa sya skrg apa bekalan yg sy akan bawa kesana..
Mudah-mudahan hidayah Allah sentiasa bersama sy dan kita semua

Write a comment

*
CommentLuv badge