Featured Posts

Mirlme Blog Rss

Kenyataan Saiful Bukhari

Posted on : 04-02-2010 | By : mirlme | In : Blog

4

Saiful Bukhari

Tu dia kenyataan paling hangat masa kini

ialah kenyataan kontroversi dari Saiful Bukhari!

Saiful: Saya lalu pos pengawal, saya berhenti dan tidak beritahu nak ke mana tapi cuma katakan ‘Mokhtar’. Saya telah pergi beberapa kali ke sana dan saya hanya perlu kata demikian.

Yusof: Kemudian?

Saiful: Saya letak kereta di tempat pelawat di B4 dan terus masuk lif ke tingkat atas sebelum terserempak dengan seorang lelaki tapi tidak berapa cam lelaki itu. Saya kemudian naik ke unit 11-5-1.

Yusof: Apa yang kamu nampak?

Saiful: Saya melihat Anwar duduk di meja makan. Saya masuk dan duduk di hadapannya sebelum serahkan dokumen.

Yusof: Kemudian?

Saiful: Kami bincang tentang jadual kerja tapi tak lama selepas itu Anwar tanya satu soalan dalam Bahasa Inggeris: “Can I **** you today?”

Yusof: Apa reaksi kamu?

Saiful: Saya marah dan takut, saya menolak pelawaan Anwar dan saya kata tidak mahu.

Yusof: Apa Anwar kata?

Saiful: Dia dengan nada marah berkata: “Why?” Saya kata perkara sama, saya tak sanggup melakukan tapi dia marah lagi. Saya yang takut kemudian diarahkan masuk ke bilik tidur utama.

Saya mengikut permintaan Anwar masuk ke bilik tidur. Anwar pergi ke hujung bilik dan tutup langsir sebelum datang balik untuk tutup lampu bilik.

Yusof: Gelap tak?

Saiful: Gelap tapi masih ada cahaya dari celah langsir. Anwar arahkan saya bersihkan diri dalam tandas. Saya buka pakaian dan masuk ke dalam tandas untuk membasuh badan.

Saya ambil tuala dalam tandas dan keluar sambil bawa baju kemeja untuk digantung pada tempat pemegang. Saya nampak Anwar di hujung penjuru katil.

Anwar berdiri dengan bertuala putih dan arahkan saya datang kepadanya. Anwar kemudian peluk saya sambil berdiri.

Keterangan Mohd. Saiful tiba-tiba terhenti apabila Karpal Singh memohon supaya keterangan saksi itu dibuat secara tertutup di dalam kamar.

Mohd. Yusof bagaimanapun membantah atas alasan orang awam perlu mengetahui perkara sebenar.

Hakim Mohamad Zabidin kemudian bersetuju supaya keterangan Mohd. Saiful direkodkan tanpa kehadiran orang awam dan media.

Pada awal keterangan, Mohd. Saiful memberitahu, dia dijemput rakan untuk bekerja dengan Anwar pada awal Mac 2008, seminggu sebelum pilihan raya umum 2008.

Tugasnya sebagai pembantu peribadi Anwar antaranya mengatur pertemuan dengan ahli Parlimen yang ingin melompat parti, mengemaskini dokumen sulit dan mengawal selia telefon bimbit peribadi Anwar.

Saksi itu memberitahu, dia diberikan gaji sebanyak RM1,000 namun sekiranya berpeluang mengikuti perjalanan ke luar negara bersama Anwar, dia akan mendapat elaun khas.

Saiful: Ia bergantung kepada perjalanan itu seperti ke Singapura dan Hong Kong, masing-masing sebanyak AS$1,000 (RM3,400) dan HKD$10,000 (RM4,400)

Yusof: Bila berhenti kerja?

Saiful: Secara rasmi tiada tapi secara automatik selepas buat laporan polis pada 28 Jun 2008 tapi saya ada buat surat letak jawatan pada pagi 27 Jun 2008.

Saya juga hantar e-mel melalui telefon Blackberry kepada Datuk Seri Anwar untuk letak jawatan.

Yusof: Apa sebab berhenti kerja?

Saiful: Kerana saya tak sanggup lagi diperlakukan seperti dalam pertuduhan. Tapi dalam e-mel tersebut saya bagi dua alasan untuk berhenti.

Pertama, saya tidak berdisiplin dan selalu datang lewat ke pejabat sebab itu Anwar selalu marah saya.

Kedua, saya tertekan dan rasa kurang kelayakan kerana di pejabat baru PKR di Tropicana Damansara, saya diberikan sebuah bilik sedangkan orang lain di luar. Selagi saya jadi pembantu peribadi Anwar akan timbul isu.

credit to kosmo!

Related Posts with Thumbnails
Jom Klik LIKE

Comments

comments

Comments (4)

Maafkan sy kalau saya bodoh & xtaw apa usul cerita. Tapi setakat yg sy follow, sy nampak Saiful sgt tidak bermaruah utk menjatuhkn air muka sndiri. KENAPA?

Ini pndpt peribadi >> Mungkin ke dia dibayar dgn sgt mahal shingga dia sggup buat tuduhan gitu? Dpt JUTA2 kot. Siapa bg ea?

Maaf pd yg mnyebelahi Saiful. TAPI ini sgt xbermoral.

Every one understands that life seems to be very expensive, nevertheless we require money for various issues and not every person gets big sums cash. Thus to receive quick personal loans and short term loan will be a correct solution.

Thank you for the top release just about this post! Did you take the article submission for it?

I appreciate your thought close to this good topic. I was willing say that I have not notice a kind of great dissertation writer until this moment. Are you able compose the really perfectly accomplished thesis and just thesis research?

Write a comment

*
CommentLuv badge