Dr Azizan Osman – Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Resources
Posted on : 10-08-2009 | By : mirlme | In : Blog
57
MULANYA sekadar suka-suka dan minat, namun siapa sangka daripada tabiat itu, ia mengubah kehidupan dan status Dr Azizan Osman, 35, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Richworks Resources
Syarikat yang ditubuhkan tahun lalu itu menyediakan latihan atau kaedah mengenal diri melalui tarikh lahir, selain mengetahui potensi atau aura diri untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan kerjaya yang ingin diceburi.
Mungkin bunyinya pelik apabila kaedah itu seperti fenomena yang melanda negara apabila lebih 10,000 orang mengikuti seminar kendalian Azizan walaupun belum sampai setahun operasi.
Kejayaan berkenaan kebanggaan kepada anak jati Melaka itu, malah beliau berhasrat mensasarkan lebih ramai rakyat negara ini mengenali diri melalui kaedah terbabit.
“Program ini bukan sekadar membantu mengenali potensi diri tetapi boleh dipraktikkan dalam pekerjaan, memilih jodoh, menyambung pelajaran dan pelbagai lagi,” katanya.
Sebenarnya, melihat latar belakang anak keempat daripada lima beradik itu, beliau bermula daripada minat apabila mengetahui teknik mengenal diri melalui tarikh lahir sejak di tingkatan tiga.
“Saya mengetahui teknik ini melalui bacaan. Mulanya tidak serius sehingga saya bertemu pakar bidang ini, T Harve Eker dari Kanada.
“Dia mentor saya dan untuk belajar dengannya, bayarannya bukan murah dan saya berulang-alik dari sini ke Singapura kerana kelas diadakan di sana,” katanya.
Sebelum menubuhkan syarikat sendiri, Azizan bekerja di pelbagai syarikat tetapi ditakdirkan rezekinya dalam bidang metafizik, tidak sampai setahun beliau mengecapi kejayaan dan tidak keterlaluan dikatakan kini berstatus jutawan.
Begitupun, bertemu dan berbual dengannya, beliau tidak sombong atau bongkak, jauh sekali meninggi diri meskipun kini dalam kelas tersendiri.
Menurutnya, beliau bukan orang senang dan disebabkan ‘pendidikan’ itu, beliau menyedari siapa dirinya.
“Saya masih ingat pesanan emak masa saya kecil. Pernah minta dibelikan baju taekwando dan kereta kawalan jauh, emak kata, kalau nak beli, bila besar cari duit dan beli sendiri.
“Ketika itu emak dan ayah tak mampu memenuhi kehendak kami kerana emak suri rumah, ayah pula berkhidmat di Jabatan Pengairan dan Saliran. Kami kerap berpindah kerana mengikut ayah,” katanya.
Begitupun, kata Azizan, beliau ‘tabik’ dengan bapanya, Osman Yusop, yang berfikiran jauh apabila menghantar mereka adik-beradik ke sekolah Cina.
“Awalnya memang susah bersekolah di sini kerana kita tidak faham Bahasa Cina. Bagaimanapun, disiplin dan suasana belajar banyak mengubah dan membentuk diri saya.
“Kerja sekolah tak pernah habis dan disiplin ketat. Disebabkan itu, saya pernah dapat nombor satu dalam kelas dan pernah juga dapat nombor terakhir,” katanya yang pernah menjadi juara pertandingan kaligrafi Cina peringkat kebangsaan.
Azizan berkata, meskipun ibu bapanya tidak pernah terbabit dalam perniagaan, lain pula dirinya apabila minat berniaga itu ada.
“Saya mula ceburi bisnes ketika di UiTM Segamat apabila membekalkan bantal dan kalkulator kepada pelajar baru. Bila tiba pendaftaran, saya sewa satu lori penuh dengan bantal.
“Selain itu saya ambil baju pelajar dan hantar ke kedai dobi di pekan Segamat. Kemudian saya upah rakan menjual nasi lemak dan nasi goreng yang diambil daripada orang lain,” katanya.
Selepas tamat pengajian, Azizan bekerja di RHB Securities dan pada masa sama menjalankan aktiviti pelaburan.
Begitupun, kegawatan ekonomi yang melanda 1997 menyebabkan pelaburan RM100,000, termasuk wang daripada rakan, mengalami kerugian.
Tidak sampai dua tahun bekerja, Azizan mengambil keputusan berhenti kerana mahu bekerja sendiri.
“Sebab berhenti kerana saya berfikir berapa lama boleh bekerja di sini. Selepas itu saya buat pembungkusan produk herba di Melaka. Modal tiada langsung, namun bernasib baik kerana syarikat berkenaan beri deposit RM15,000,” katanya.
Ketika perniagaan mula berkembang selepas dua tahun beroperasi, syarikatnya berdepan masalah apabila tiada modal pusingan dan pada 1999, Azizan terpaksa menutup operasi syarikat.
“Selepas berhenti, saya pinjam kereta ayah, menghantar barangan yang dipesan orang. Saya cari juga kerja di tempat lain dan pada 2001 saya diterima bekerja di syarikat Cobra Group iaitu syarikat pengiklanan dan pemasaran antarabangsa cawangan Melaka,” katanya.
Di syarikat multinasional itu, Azizan bermula dari bawah iaitu menjual kad kredit sehingga dilantik pengurus projek yang menguruskan beberapa syarikat besar.
Pada 2004, Azizan ditukarkan ke Kuala Lumpur dan cabaran mula dirasai sehingga beliau menitiskan air mata.
“Bulan pertama pindah ke KL, saya tidak cukup duit kerana suasana masih baru dan belum berjaya membuat jualan seperti ditetapkan. Saya menangis dalam kereta kerana tidak cukup duit bayar sewa rumah dan kad kredit,” katanya.
Begitupun, dugaan itu tidak mematahkan semangatnya, malah usaha keras Azizan berjaya mengangkat dirinya sehingga dilantik ke jawatan Pengurus Kanan pada 2005.
“Sebagai pengurus, antara tanggungjawab saya ialah menemuduga dan melatih kakitangan baru. Dalam temuduga, saya praktikkan kaedah tarikh lahir dan 85 ke 95 peratus tepat.
“Pada April tahun lalu saya ditawarkan jawatan tinggi dan diberi pilihan ke Indonesia atau Hong Kong tetapi apabila berfikir balik, saya kini pada tahap maksimum dan terdetik juga apa sumbangan saya kepada bangsa,” katanya.
Pada Jun tahun lalu, Azizan mengadakan kelas rahsia tarikh lahir di Bukit Bintang hanya membabitkan 12 orang dengan kos RM299 seorang.
Aktiviti sampingan itu dapat diketahui syarikat terbabit, sekali gus memberi kata dua.
“Saya diberi pilihan sama ada untuk bekerja di syarikat itu atau meneruskan aktiviti saya. Selepas berfikir, saya berhenti kerja Jun tahun lalu dan memberi tumpuan sepenuhnya dalam program ini,” katanya.
Sejak itu, nama Azizan Osman semakin dikenali dan setiap programnya mendapat sambutan. Daripada belasan yang hadir pada mulanya, kini mencecah ribuan orang hanya untuk mendengar celotehnya.
PROFIL
NAMA: Dr Azizan Osman
USIA: 35 tahun
LAHIR: 14 November 1974 di Kota Bharu, Kelantan
JAWATAN: Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Resources
PENDIDIKAN: Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pei Chun II, Pontian, Johor; Sekolah Menengah Pei Fong, Melaka; Diploma Analisa Pelaburan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor; Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Sarjana Pemasaran University of Florida; Ijazah Doktor Falsafah Sains Metafizik, Gordon University, Florida
ANUGERAH: Platinum Awards 2004/2005 daripada Cobra Group, England
credit to Metro


Tilik nasib adalah suatu yang sangat dilarang oleh ISLAM…Jangan mudah terpedaya dengan dunia hari ini
Have no enough money to buy some real estate? Don’t worry, just because it’s achievable to take the home loans to solve all the problems. Thus take a short term loan to buy all you want.
kamu semua!!! jom kita senyap!!!
ckp byk pn xguna!! +ve@-ve ke,xguna juga..
alasannye = lebih kurang 15-30 mnit required utk wat komen2 sume ni + bc komen2 ni(including me)…15-30 mnit tu, leh wat mcm2 k?(psychically)..so wat mende laen!!! ni 1st komen sy n da last..tq
Wah hangat juga entri pasal ni…
kalau tgk pada tempoh bekerja mcm takde mase jer nak sambung degree lps grad. uitm, buat master dan PHD… biar betul…. org nak buat degree pun amik mase 3 to 4 tahun full time. lagilah further study overseas guna diploma uitm mana laku untuk transfer credit… mcm ijazah beli jer nie… master ngan PHD tu xtahu lah hehe
im 24 years old…dah habis my master program this december.. dan sudah mempunyai pengalaman kerja 2 thn…boleh jer…34thn dah kira lambat ade phd…
Sudah menjadi TREND banyak motivator mempunyai ijazah Phd yang tidak diiktiraf (malah tak payah belajar pun. Beli jer) termasuk ijazah dari Gordon University, Florida. Sila semak http://www.osac.state.or.us/oda/unaccredited.aspx.
Aku ingat Bachelor dan Master degree adalah degree yang diiktiraf tapi PhD dia memang degree kelentong.
@Pesa. Diploma UITM dipandang tinggi di USA. Pemegang diploma UITM hanya perlu 2 atau 1 1/2 tahun untuk dapat ijazah. Jangan buat andaian bukan bukan.