Datuk Nabil Abd Kadir – Pengerusi Eksekutif Koperasi Pelaburan Hartanah Berhad (Kopraha)
Posted on : 10-08-2009 | By : mirlme | In : Blog
16
NAMA: Datuk Nabil Abd Kadir
USIA: 46 tahun
LAHIR: 10 Mei 1963 di Pekan, Pahang
JAWATAN: 1) Pengerusi Eksekutif Koperasi Pelaburan Hartanah Berhad (Kopraha)
2) Pengerusi Join Management Commity Setiawangsa Business Suites
3) Pengarah Urusan Nakiwa Sdn Bhd dengan tiga anak syarikat, Optical Media Sdn Bhd, Nakiwa Properties Sdn Bhd dan Nakiwa Travel and Tours Sdn Bhd
ISTERI: Datin Sakinah Zainul Abidin
ANAK-ANAK: 1) Iylia Najlaa Fathii, 21; 2) Izzy Aishah, 20; 3) Izham Haiqal, 15: 4) Ikmal Hakim, 14 tahun
PENDIDIKAN: 1) Sekolah Rendah Seri Beram, Pekan; 2) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah, Pekan; 3) Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi; 4) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Indiana States University, Amerika Syarikat.
ANUGERAH: Pingat ‘Darjah Indera Mahkota Pahang’ dianugerahkan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 2005 yang membawa gelaran Datuk.
DALAM lampiran profilnya ada tertulis cita-cita dan falsafah hidup beliau iaitu usahawan berjaya tidak kenal erti putus asa serta berjaya dunia dan akhirat.
Di atas kertas, mungkin kata-kata ringkas dan padat itu mudah dicoret namun apabila menterjemahkannya dalam realiti hidup, insan bernama Datuk Nabil Abd Kadir, 46, sudah melalui pahit getirnya.
Sebagai usahawan yang kini terbabit dalam dunia koperasi melalui Koperasi Pelaburan Hartanah Berhad atau Kopraha, beliau yang juga Pengerusi Eksekutif koperasi itu cukup ‘masak’ dengan dunia perniagaan.
Ibarat isi dengan kuku, begitu juga gambaran yang boleh diberikan kepada diri beliau dengan perniagaan.
Daripada sebuah syarikat, Nakiwa Sdn Bhd, ia berkembang sehingga ada tiga anak syarikat selain menjadi Pengerusi Join Management Commity Setiawangsa Business Suites.
Seperti kata beliau, untuk berjaya dan hidup selesa, berniaga adalah bidangnya. Kata-kata itu ada benarnya apabila Nabil yang pernah berkhidmat di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sanggup meninggalkan jawatan sebagai Pegawai Logistik berpangkat Kapten untuk menghambakan diri dalam perniagaan.
“Sejujurnya, ketika kecil saya tidak didedahkan apa itu cita-cita. Yang saya tahu, apabila ada kapal terbang lalu di atas, saya lihat dan berhasrat mahu berjaya dan ada di kedudukan atas.
“Hanya di dalam tentera, baru terdetik terbabit dalam perniagaan,” katanya.
Anak jati Pahang itu boleh dikatakan berani. Ketika ramai anak muda memohon jawatan sebagai pegawai kerajaan, beliau pula mengambil keputusan menceburi perniagaan pada 1992.
Selepas tamat kontrak tujuh tahun di TUDM dari 1985 hingga 1992 melalui tajaan Biasiswa Angkatan Tentera untuk melanjutkan pengajian di Indiana States University, AS, Nabil nekad berniaga meskipun tiada pengalaman.
Begitupun, galakan dan sokongan isteri, Datin Sakinah Zainul Abidin menjadikan Nabil tabah membuka syarikat pertama, Nakiwa Sdn Bhd pada 1992 yang terbabit dalam penjualan komputer, pembekalan dan jahitan.
“Isteri mahir menjahit dan selepas dia berkursus, saya ambil tender menjahit pakaian seragam tentera. Isteri jahit, saya cari projek selain menjual komputer dan kelengkapan alat tulis kepada Kementerian Pertahanan,” katanya.
Daripada menyewa sebuah bilik kecil, pasangan itu mengorak langkah menyewa lot kedai di Setiawangsa. Perniagaan yang semakin berkembang membolehkan mereka membeli beberapa lot kedai dan menyewakannya.
Begitupun, kegawatan ekonomi pada 1997 memberi kesan kepada pasangan itu terutama kesukaran mendapatkan tender kerajaan. Namun, penganjuran Sukan Komanwel 1998, bagai memberi nafas baru kepada Nabil.
“Kerajaan mengeluarkan tender menyediakan 250 bas untuk 10,000 petugas. Jadi, saya beranikan diri masuk tender ini dan berjaya.
“Tugas saya tidak mudah apabila ada bas atau pemandu tidak mahu bekerja. Pernah pada tengah malam saya ke rumah pemandu bas, beri wang pendahuluan dan minta dia bawa bas untuk esoknya.
“Selain itu, ada juga yang batalkan perjanjian pada saat akhir, memang mencabar dan tertekan,” katanya yang kini memiliki 12 bas.
Selepas Sukom, Nabil menubuhkan anak syarikat Nakiwa, Optical Media Sdn Bhd pada 1999 yang mengeluarkan cakera padat mudah rakam atau ‘compact disk recordable’ (CDR).
Kejayaan di Sukom menjadikan Nabil lebih bersemangat dan pada 2001, beliau berjaya dalam projek menyediakan 450 kenderaan di Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (Lima) serta 120 bas di Sukan Sea, tahun sama.
Pada 2004, syarikatnya sekali lagi dapat kepercayaan menyediakan pengangkutan bas dan kenderaan darat untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Pada masa sama, wujud anak syarikat Nakiwa Sdn Bhd iaitu Nakiwa Properties Sdn Bhd dan Nakiwa Travel and Tours Sdn Bhd yang terbabit dalam pelaburan hartanah dan pengangkutan.
Dalam sibuk menjalankan pelbagai perniagaan, sekali lagi suasana ekonomi tidak menentu berlaku pada 2007.
“Saya fikir dalam keadaan gawat, orang ramai lebih suka menyimpan dan mahu mendapatkan keuntungan daripada tabungan. Jadi, saya yang tiada pengalaman dalam koperasi, membuat kajian mengenai koperasi yang ada.
“Daripada 5,000 koperasi, sangat sedikit koperasi agresif. Dalam satu kursus, kami diminta berfikir di luar kotak. Pada akhir 2007, saya bersama rakan mencari idea untuk menubuhkan koperasi dan pada Jun 2008 secara rasmi Kopraha didaftarkan,” katanya.
Katanya, Kopraha tidak menawarkan pinjaman sebaliknya membuat pelaburan hartanah dan sewaan perniagaan yang mana keuntungannya dikongsi bersama ahli.
Tidak ramai mengetahui kejayaan anak kelahiran Pekan, Pahang itu sebenarnya hasil kesusahan beliau sejak zaman kanak-kanak.
Ketika rakan lain bermain, anak kesembilan daripada 11 beradik itu menghantar kuih-muih untuk dijual atau membeli barangan untuk ibunya, Rabiah Jusuh, membuat kuih.
“Emak boleh dikatakan idola saya. Meskipun tidak pandai menulis dan membaca, tetapi dengan wang hasil jualan kuih, emak boleh membeli tanah dan membina lapan rumah sewa,“ katanya.
Menurutnya, setiap hari beliau yang menetap di Kampung Ketapang Tengah mengayuh basikal membawa empat bakul berisi pelbagai jenis kuih seperti kuih bingka, lompat tikam, kuih bakar dan tepung kurma.
“Saya generasi ketiga menghantar kuih kepada peniaga di pekan sehari, Pekan. Pagi hantar kuih dan petang, ambil duit. Pada masa itu saya darjah empat dan duit yang diperolehi, tidak minta daripada emak,” katanya.
Pada masa terluang, Nabil membantu bapanya, Abdu Kadir Kamaluddin berkebun sayur menanam ubi kayu, tebu serta sayur-sayuran.
Berkat kesabaran dan kecemerlangan akademik, beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi. Sejak itu, Nabil tidak menoleh ke belakang dan terus mencatat kecemerlangan sama ada dalam akademik, kerjaya dan perniagaan.
credit to Metro











Ass’kum Dato….saya ada menonton tv9 pada tahun lepas dimana dato ada bercerita tentang peluang mengusaha tanah rizab melayu.Saya juga pernah dtg kepejabat dato di Setiawangsa. Setelah ditanya oleh pegawai dato akan hajat saya,beliau berkata pegawai bertanggung jawab akan menghubungi saya.Sehingga hari ini tidak seorang pun pegawai menghubungi saya.Nampak nya rancangan saya untuk memajukan tanah kami di kampung baru tidak dapat mengambil perhatian pihak kopraha.T kasih.
ass’kum dato…….Penjelasan mengenai membangunkan tanah rizab melayu di tv9 ,membuatkan saya hadirkan diri dipejabat dato.Pegawai dato mengatakan saya akan dihubungi kelak.Tapi sehingga hari ini apa pun tidak ada.tk.
Hello dato….saya bebaru nie ade mengikuti prkmbgan dato.n sy rse mcm tertrik ngn projek dato nie.sy cuma nk uckan good luck….semoga dato berjayalh …daud ex chemist Optical Media sdn bhd…
salam dato…sy berminat dengan pelan kopraha ni.tp 1 je nk tnye,koperasi ni dijamin oleh kerajaan ke x?
x payah laaa sumer .koraha nie dah tutup pun .call skm -suruhanjaya koperasi malaysia .
melayu yang layu
sape nak call encik-encik semua .staff pun semua dah di berhentikan . cover line jer diaorang tu…. simpan jer ngan ASB .jamin selamat .
apa cite …. dah di suruh tutup sejak bulan september 09 lagi . tapi dengan tak sedar dirinya masih beroperasi … takut nak menjawab dgn investor la tu ….. untuk datuk yang di benci ramai… dekat dunia ni selamatlah . duduk pun kat tempat yang paling tinggi pijak semua kepala jiran-jiran termasuk kepala imam masjid kat setiawangsa tuuu… tapi kat akhirat nanti LU PIKIR LA SENDIRI NABIL … tapi orang macam lu nie mmg tak boleh pikir,,,jadi bagi gua pikirkan yeeerrr. maknanyer kat akhirat nanti lu .bini lu yang macam pontianak tu yang 2kali lima dgan lu tu akan di seksa dalam 2000tahun…. macam tu jer …kira ok lah tu …amin .ya Allah Engkau panjangkanlah usia nabil dan isterinya , suhatkanlah tubuh badan nya ,limpah ruahkanlah rezekinya ,banyakkanlah hartanya ..mudahkan segala urusan perniagaan nya … amin ya rabbal alamin ..
dengar kata bender ni dlm rayuan lagi…tapi tak taulah
ikut citanya nak lantik peguam nak lwn perihal koperasi ni yang mengatakan skm membatalkan lesen setelah diluluskan….tapi tgah tggu gak ni …kot berjaya..mana tau
citer jer gempak . dah confirm tutup dahhhhhh. melayu macam 2 lah bis nasib baik i nie arab daaaaaaaaa
hiss….ko ni muna…betul ni dah confirm tutup ni…apa bleh wat. ari tu ingat nak jumpe datuk, patutlah jadi set penggambaran kat pej tu, sebaik der awek pej atas tu kasi tau….dapatlah kad ngan surat rayuan untuk merayu kat skm….macam ko lah muna, sebaik aku jawa…kih..kih..kih……timkasih awek, muahh…..
muna….ko kene bnyak ke…..citalah cikit ko ngan datuk tu cam ner mulanya….aku serabut lahh…bru nak tikam dah kene tikam ni…..dapat kad je sebagai kenangan…aku ingat nak lah gak cari keje taip2 kat situ kalo jadi…tapi pa bleh wat dah rezeki ku cam tu….
iye conpom tutup …. x yah keje kat situ … buang karan jer …
Asslm Datuk Nabil dan sume…toksah dengar la komen2 melingkup diorang..pegi jahanam ngan diorang..sebab kalo beras kat umah datuk abih pun, ape diorang pedulik??…biar la kita ngan prinsip n jalan kita…kat akhirat bukan keje diorang nk tentukan..diorang sendiri pn belum tentu paham erti syurga..nengok syurga jauh sekali la..sebab tu diorang bleh ckap mcm tu..erti kata lain diorang memang x reti nak maju n x senang nengok orang maju kedepan…sy kenal datuk ni..sy pernah makan/minum semeja..sy pernah tolong dia, dia pernah tolong sy…Selamat maju jaya datuk….
ana dah labur RM10000.00, boleh dapat balik tak ?
Aku sokong dengan muna….
kepada bukan Datuk Suhaimi….pergi jahanam dengan anda! …baru duduk semeja tolong menolong sikit, semua buruk org tu ko jilat,…..ko memang baruah terbaekkkkkk!!!!
Kronology
Ambil pelaburan org awam RM6juta dan gunakan lebih separuh duit tu utk kegunaan peribadi…
Kepada en. Brutal…..maaflah…anda mungkin akan dapat balik duit anda…tapi takkan dapat sampai RM10k tu