Featured Posts

Mirlme Blog Rss

Bagaimana Buat Duit Di Internet?

Posted on : 30-10-2009 | By : mirlme | In : Blog, Money Making

Tags: , , , , , ,

1

cara-buat-duit-internet

Bagaimana Ko Buat Duit Di Internet?

Ini soalan yang selalu ditanyakan kepada mirlme..

Jawapan mirlme memang skema jerk

“korang buatlah apa yang korang suka”

dan semestinya jika anda yang dapat jawapan nie anda mesti bengang giler..(sajer)

mirlme akan bagi 3 Cara Yang Simple Buat Duit Di Internet..

yang mana mirlme sendiri yang dah try pon..

3 Cara Yang Simple Buat Duit Di Internet

1. Affiliate – Korang jana pendapatan melalui penjualan produk orang lain, dan banyak affiliate di malaysia sekarang yang mana anda boleh sertai secara percuma! Yap, percuma..Bagaimana? Anda copy dan paste jer link atau banner affiliate ke dalam blog anda…Dapat sales, anda dapat komisyen! Tu jer! Simple giler!

Contoh-Contoh Affiliate Yang Korang Boleh Sertai

Affiliate Rahsia Malam Pertama

Affiliate Pancutkan Suami

Affiliate Usahawan Cendawan

2. Google Adsense – Korang buat blog dulu, then apabila dah rasa2 lengkap, join Google Adsense dan try generate money dari Google Adsense korang! Tapi website korang mestilah bahasa inggeris..Baru Pak Cik Google sayang kat blog korang..

3. Blogging – Ha, ini paling mirlme suka, duit datang melayang tak diduga kalau korang blogging, tak caya? Tanya dengan Cyril dan Amiey..Diaorg ni freelancer yang suka carik masa nak review produk orang jer..

Psst!!Masa beraya di rumah mirlme, Cyril pernah cerita beliau pernah dapat 200USD dengan hanya review satu produk!

SOHO – Small Office Home Office

Posted on : 30-10-2009 | By : mirlme | In : Blog, Money Making

Tags: , , , , , , ,

0

mirlme-soho

Inilah dia SOHO – Small Office Home Office mirlme yang baru dihias-hias

dengan bunga-bunga…(selalu serabut tak macam nie)

Di sinilah mirlme menghabiskan masa kira-kira 4 jam sehari

bagi memastikan segala urusan bisnes mirlme berjalan lancar..

tu ada nampak Nissan Fairlady 350Z dan Rumah Banglo?

Tulah vision board mirlme..tapi x macam board pon rite..sebab apa? sebab senang nak tampal, jimat ruang..ekeke

ha, target tu 5tahun dari sekarang!

Tadi berbual-bual sebentar sambil minum Kopi Radix bersama bapa..

Bapa mirlme tanya berapa income bulan nie? mirlme pon jawab  “……jer”

Dia pon terus cakap “waseh, boleh kalah gaji bapa nie”(konon-konon ler tuu :p)

Realiti sebenarnya kos diperlukan untuk dapat income yang sedap ialah tinggi,

mirlme pernah labur RM1k untuk marketing sahaja! Dan ia berkesan..

Nah, itu tips dari mirlme..selamat mencuba!

Mudahnya Buat Duit Dengan Blog

Posted on : 04-09-2009 | By : mirlme | In : Blog, Money Making

Tags: , , , , , , , , , , , ,

5

Percaya atau tidak, Wanmus iaitu nama yang cukup besar dalam IM Malaysia..

Berjaya mendapatkan 36.50USD dengan blog PR0 beliau..

Blog PR0 & Baru 2 Hari Dah Dapat Payment? Biar betik nie..

Nah bukti sahih..

wanmus-blog

Tak percaya lagi? Lawati —> Blog Wanmus

Kesimpulannya ialah : “just do it” & “dont stop learning in life” , walaupun bro

wanmus nie hebat dalam bidang IM, namun beliau terus menuntut ilmu dengan bro

Rohaizad untuk memantapkan skill blogging serta menambah kemahiran beliau..

Nah lihat sahaja hasil menuntut ilmu..

Seperti yang mirlme selalu war-warkan..

“Laburkan wang kepada ilmu…”

Nak buat duit dengan internet bukan susah pon..

2 hari lepas mirlme dapat RM100 dari blogging sahaja..Dalam masa 2hari sahaja!

Tak percaya? Nah tengok sendiri pendapatan mirlme 2 hari lepas dari blogging…

buat-duit-mirlme

Sedikit info tentang bro Wanmus..

Wanmus atau nama sebenar Wan Mohd Musyris…

Pelajar di UTM Skudai – Ijazah (Master) Kejuruteraan Mekanikal

Ijazah Sarjana Mudanya (Degree) juga di UTM dengan jurusan Kejuruteraan

Mekanikal-Major Kejuruteraan Bahan.

Wanmus adalah pengasas syarikat Wanmus Technologies (JM0499956-W) yang beribu

pejabat di JB dan cawangan di Terengganu.

Antara perniagaan internet yang beliau bangunkan ialah
Wanmus.com
Jomhosting.net
Asasminisite.com
Myekamus.com

Anthony Robbins: Why we do what we do, and how we can do it better

Posted on : 03-09-2009 | By : mirlme | In : Blog, Money Making

Tags: , , , , , , , , ,

1

Tertarik dengan ceramah motivasi yang berjudul

Anthony Robbins: Why we do what we do, and how we can do it better

dari perspektif mirlme, ada benar apa dikatakan Anthony Robbins,

dalam kehidupan ini, kita seringkali melihat orang menyumbang kepada masyarakat ialah

mereka yang pernah “mengalami pengalaman sukar” dalam kehidupan..

Contoh seperti Oprah, Syed Al Bukhary, Azman Ching, Irfan Khairi ..etc..

semua mempunyai pengalaman yang memeritkan sebelum mencapai kejayaan..

Yang penting bagi kita ialah “invisible force”.

Iaitu tenaga dalaman yang mengerakkan kita ke arah kejayaan!

Dengan “invisible force” ini, segala halangan hanyalah halangan..

5 Sebab Mengapa Kita Perlu Melabur Dengan Emas!

Posted on : 02-09-2009 | By : mirlme | In : Money Making

Tags: , , , , , , , ,

0

Melalui kajian berbentuk deskriptif ini, lebih banyak maklumat mengenai kebaikan penggunaan dinar emas dalam perdagangan antarabangsa dapat dikumpulkan.

Kajian ini akan cuba menganalisis bahawa perlaksanaan dinar emas dalam sistem pembayaran perdagangan antarabangsa dapat membantu meningkatkan kebajikan dan memakmurkan masyarakat seterusnya dapat meningkatkan kemajuan negara-negara yang berdagang.

Ini adalah kerana, dengan penggunaan dinar emas secara total dapat menghapuskan sama sekali unsur riba’ yang mana telah menyebabkan berlakunya ketidakadilan dalam urusan dagangan di antara negara-negara berdagang.

Berikut 5 Sebab Mengapa Kita Perlu Melabur Dengan Emas!

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
—————————————————-
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.

Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan
kekayaan yang terunggul.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
—————————————————————————–
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!

Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?

Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM122 segram!!

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
———————————————————————————-
Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? RM 5 sehari pun tidak cukup..

4. Aset yang terunggul
——————————
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
——————————————
Emas  sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

Related Posts with Thumbnails