Featured Posts

Mirlme Blog Rss

Tips Mengawal Rasa Marah

Posted on : 01-12-2011 | By : mirlme | In : Blog, Life, Perniagaan Internet, Tips Perniagaan

Tags:

0

Tips Mengawal Rasa Marah

Berikut ialah beberapa tips yang Mirlme rasa bagus untuk diamalkan sesiapa yang nak mengawal rasa marahnya… Antara tips-tips yang anda boleh amalkan ialah :

1) Beristighfar.
2) Berwuduk.
3) Tarik nafas dalam-dalam.
4) Tinggalkan situasi itu.
5) Ubah posisi dan kedudukan kita.
6) Kosongkan fikiran.
7) Minum air kosong dan selawat.
8) Fikir positif.
9) Ingat bukan kita sahaja yang boleh marah orang lain pun boleh marah juga.
10) Ingat apabila seseorang itu marah syaitan mengalir dalam urat darahnya.

Dipetik dari Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Jom Klik LIKE

MacBook Pro Terbaru Ku!

Posted on : 08-07-2011 | By : mirlme | In : Blog, Life

Tags: , ,

0

Mirlme sangat gembira sebab baru beli MacBook Pro di Switch, The Spring… Sebelum Mirlme beli ada la juga survey di Kedai Perfect Mac yang makan duit Mirlme dengan Ipad 2 dulu…

Nampaknya kali ini mereka belum insaf jugak…Mereka kasi naik harga lebih dari RM100 daripada harga asal….Kali ini Mirlme beli di Switch, The Spring sebab murah sket la…Lagipun kali ini di Switch, The Spring ada stok yang banyak untuk Macbook Pro ni…

Dengan Macbook Pro terbaru ni Mirlme dapatlah main Facebook dan lebih bersemangat untuk jadi seorang Usahawan Internet yang berjaya sekaligus menjayakan projek Usahawan Blog dan Usahawan Affiliate yang bakal dilancarkan nanti… Semoga sukses! Doakan kejayaan Mirlme!

P.S. : Macbook Mirlme yang dahulu tu Mirlme bagi kepada Ibu Mirlme… Baik betul Mirlme kan? Hehe….

Jom Klik LIKE

Taklimat Rahsia Reka Bentuk Multimedia Dalam Bisnes Online di UNIMAS

Posted on : 10-02-2011 | By : mirlme | In : Affiliate, Blog, Buat Duit, Jana Wang, Kisah Kejayaan, Life, Motivasi, Perniagaan Internet, Tips Motivasi, Tips Pemasaran, Tips Perniagaan, Usahawan

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

24

Taklimat di UNIMAS

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Syahrul Nizam iaitu pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) kerana menjemput saya untuk berkongsi rahsia & pengalaman bersama dalam Taklimat bertajuk ”Rahsia Reka Bentuk Multimedia Dalam Bisnes Online” di UNIMAS selama 1 Jam…

Banyak rahsia-rahsia yang saya kongsikan bersama… Antaranya ialah 7 Mentaliti usahawan internet..

Terima kasih kepada Tuan Ali Hanafiah kerana berkongsi dengan lebih mendalam lagi apa itu sebenarnya yang dimaksukan dengan 7 Mentaliti usahawan internet

Berikut saya kongsikan kembali disini :

1. Mengesan peluang

Usahawan sejati memang cepat menghidu sesuatu peluang.  Lebih cepat menghidu suatu peluang itu maka peluang untuk mendapat keuntungan pun semakin besar kerana kalau lambat mungkin pesaing telah wujud dan ini boleh mengurangkan jumlah keuntungan yang diperolehi.

2. Hapuskan halangan minda

Ya! Halangan dalam usaha memang banyak. Tapi semua itu dapat diatasi sekiranya kita dapat mengatasi satu halangan ini iaitu ‘halangan minda’.  Halangan minda terbesar ialah tidak percaya dengan kebolehan diri sendiri menyebabkan langkah pertama pun sukar untuk diambil.  Tanpa langkah pertama, bagaimana agaknya untuk melakukan langkah-langkah berikutnya.

3. Tingkatkan kebolehan belajar

Kita mesti cepat belajar. Semakin cepat belajar maka semakin cepat kita boleh lakukan.  Cuma nasihat saya, jangan belajar terlalu banyak tanpa melakukan tindakan.  Cara terbaik ialah belajar dan terus praktikkan.

4. Keluar dari zon selesa

Yang Amirul maksudkan dengan keluar dari zon selesa ialah sentiasa mempelajari skill lain.  Contohnya kalau selama ini kita telah selesa dengan blogging, mungkin kita belajar pula affiliate.  Kalau selama ini kita telah belajar affiliate, mungkin sekarang belajar mencipta produk sendiri.

5. Bina jambatan ilmu

Ini boleh dilakukan dengan mengembangkan rangkaian kenalan kita di kalangan mereka yang berpengetahuan.  Dengan mengembangkan rangkaian makan kita boleh mempelajari pelbagai ilmu lain daripada orang lain.

6. Melabur untuk minda

Saya rasa ini ramai yang sudah sedia maklum.  Pelaburan ini boleh dilakukan dengan membeli bahan maklumat terkini dan menghadiri kursus-kursus tertentu.  Pelaburan minda kalau diaplikasikan akan membawa pulangan yang lumayan.

7. Bersyukur

Ya! Dengan cara bersyukur kita akan lebih kenal dengan anugerah yang telah diberikan kepada kita untuk kita majukan lagi diri kita.

Gambar ramai-ramai selepas Taklimat…Semua tengah sebut TIGEEE :D

Gambar bersama orang kuat UNIMAS… Tuan Jonathan Sidi & Tuan Syahrul Nizam

Bersama awek di UNIMAS… Jangan jeles tau Ridzuan Richie & Tuan Blalang:D

Related Posts with Thumbnails
Jom Klik LIKE