Featured Posts

Mirlme Blog Rss

Klinik 1 Malaysia

Posted on : 02-01-2010 | By : mirlme | In : Interesting Story

Tags: , , , , , , , , ,

1

klinik_1malaysia

Pada 16 Dis lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyatakan bahawa beliau akan

melancarkan serentak 50 klinik komuniti 1Malaysia di seluruh negara pada 7 Jan depan untuk

meluaskan perkhidmatan kesihatan asas kepada rakyat bandar di akar umbi.

Disebalik itu, mirlme telah menyelami kehidupan di Klinik Desa Tepus

dimana di Klinik Desa Tepus itu tiada kemudahan asas pun yakni :

- Tiada elektrik

- Tiada bekalan air

Mirlme jadi larat dengan keadaan ini, lebih mengejutkan mirlme mendapati bahawa

para pesakit di Klinik Desa Tepus melebihi daripada jumlah ubat yang disediakan…

Apa yang mirlme harapkan ialah semoga kes-kes terpencil seperti ini dapat dilihat

dan diketengahkan kepada pihak yang bertanggungjawab..

Cerun Kerajaan Cerun Swasta

Posted on : 21-11-2009 | By : mirlme | In : Blog, Interesting Story

Tags:

1

Kenapa di Malaysia selalu kedengaran berita

tentang tanah runtuh sana sini?

Ini kerana di malaysia ada dua jenis cerun iaitu :

  • cerun kerajaan
  • cerun swasta

secara umum, cerun kerajaan ini mempunyai pemantauan yang khusus berbanding cerun swasta

yang kebanyakannya tiada pemantauan dibuat dan selalu cerun ini

dengan sesuka hati dipotong sehingga menyebabkan tanah runtuh dan nyawa terkorban!

Ini kerana material yang rosak hasil daripada pemotongan jalanraya boleh membunuh vegetasi dan menambah kepada hakisan serta masalah penstabilan cerun. Kadang-kala, ia adalah sukar untuk mereka bentuk keseimbangan di antara pemotongan dan pengisian isipadu bumi di setiap lokasi dan ia adalah mahal.

pada pendapat mirlme, kerajaan harus mempunyai undang-undang cerun seperti yang

diamalkan hong kong!

Indonesia Mahu Perang Kerana Isu Ambalat

Posted on : 07-06-2009 | By : mirlme | In : Interesting Story

Tags: , , , , , , , , ,

1

“Perang” Sudah Bermula! Hangat!! Hangat!!

Nampaknya perang sudah bermula. Belumpun perang terjadi di Perairan Ambalat,

sudah ada peperangan di alam maya!

Berperang sesama Islam, satu rumpun demi sebuah pulau..

Apa nak jadi ini..

Mengajar anak Matematik akhirnya jadi jutawan

Posted on : 06-06-2009 | By : mirlme | In : Interesting Story, Money Making

Tags: , , , , , , , , , , , ,

0

Nama : Judith Bliss
Warganegara : Amerika Syarikat
Umur : 48 tahun

Idea : Mereka cipta komputer games yang menolong kanak-kanak belajar
matematik. Idea beliau ialah satu pengembaraan dengan kuiz matematik. Beliau
memanggil game tersebut ‘Math Magic”

Modal mula : Tidak diketahui
Bagaimana idea digerakkan : Membuka bisnes sendiri – Mindplay. Menjual Math Magic
dan terus merekacipta beberapa komputer games.

Jualan : Menjual disekolah-sekolah – melalui pos!

Pendapatan : $1.4 juta pada tahun pertama.

Judith Bliss berasal dari keluarga yang miskin. Ayahnya suka berjudi dan akhirnya
disumbatkan kepenjara kerena merompak, semasa Judith berumur 11 tahun. Ibunya
terpaksa mengambil upah membasuh baju dan membuat kerja berat untuk hidup.

Judith yang tahu betapa pentingnya pelajaran berjaya mendapat ijazah dalam
matematik dan beliau mendapat pekerjaan sebagai komputer programmer. Beliau
berkahwin dan mempunyai seorang anak, David. Apabila David berumur 4 tahun
segala-galanya berubah.

David selalu merungut bahawa beliau merasa bosan disekolah tetapi cikgunya
berkata David sengaja tidak mahu belajar. Walaupun begitu, Judith mendapati
anaknya suka bermain komputer beliau selama berjam-jam lamanya. Ini memberikan
beliau satu idea. Bagaimana jika beliau dapat mencipta satu program, yang
mengandingkan satu pengembaraan dengan menjawab soalan-soalan matematik?

Satu komputer game yang boleh menjadikan belajar matematik sesuatu yang
menyeronokkan? Jadi, beliau telah mencipta satu program untuk melepaskan satu
mahluk yang comel dari penjara seorang nenek kebayan dengan menjawab soalan-soalan
matematik. Kalau tidak mahluk tersebut akan dipenjarakan selamanya.

Ianya berjaya! Anaknya, David sangat suka dengan program tersebut dan hanya
3 bulan sahaja keputusan peperiksaannya meningkat. Ini membuat Judith terfikir
jika program tersebut boleh menolong anaknya, ianya pasti boleh menolong
kanak-kanak yang lain.

Oleh itu beliau menubuhkan syarikatnya sendiri dan mencipta program Math Magic!

Kenapa Melayu Semakin Layu

Posted on : 05-06-2009 | By : mirlme | In : Interesting Story, Money Making

Tags: , , , , , , , , , , ,

0

Kenapa Melayu Semakin Layu?

Kecemerlangan dan kejayaan melayu terbukti dari masa ke semasa..

cuma satu je penyakit turun temurun..

Takut Anak Lawan Bapak

bila ada 20 ilmu, cuma 18 jer diperturunkan ke anak..

anak pulak ada 18 ilmu, cuma 16 jer diperturunkan..

last2…apa yang tinggal cuma 0..

Sedangkan ada pepatah menyebut jika mengajar orang ilmu..

Ilmu kita sendiri akan bertambah..

Jadi perturunkan ilmu semua…insyallah ilmu anda akan diguna

sepanjang zaman, dan pahala sepanjang zaman juga

Related Posts with Thumbnails