Featured Posts

Mirlme Blog Rss

Kisah Kejayaan Sylvester Stallone

Posted on : 07-09-2010 | By : mirlme | In : Blog, Kisah Kejayaan, Motivasi, Perniagaan Internet, Tips Motivasi, Usahawan

Tags: , , , ,

5

Stallone atau lebih dikenali sebagai Sly di awal usia mudanya bercita-cita untuk menjadi pelakon Hollywood. Untuk menjadi pelakon, ia tidak semudah seperti yang disangkakan. Pelbagai rintangan dan halangan yang terpaksa beliau tempuhi.

Beliau pernah diherdik “Kau ni muka dah la tak hensem, orang tak nak tengokla pelakon yang bercakap dengan mulut yang senget” (ni saya terjemah ikut gaya bahasa saya sendiri )

Akan tetapi, kata-kata itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berusaha…

Keinginan Yang Membara Membolehkan Anda Terus Fokus…

Sly mempunyai keinginan yang membara untuk berkecimpung dalam industri perfileman. Tolakan demi tolakan yang beliau terima tidak mematahkan semangat beliau. Seterusnya, beliau mengubah cara dan mencuba lagi. Isteri beliau memaksanya untuk mencari pekerjaan kerana mereka sekeluarga kelaparan dan tidak cukup wang untuk membeli makanan dan memanaskan badan. Beliau masih berdegil dan tidak putus asa. Sly tidak mahu mencari kerja kerana beliau takut terperangkap dengan kitaran hidup manusia biasa. Sly mahu mengejar cita-cita yang beliau impikan sejak kecil lagi. Beliau tidak mahu melakukan sesuatu yang membawanya tesimpang dari matlamat untuk menjadi bintang terkenal. Beliau percaya akan hasilnya dan tahu matlamatnya sendiri; beliau hanya perlu mencari jalan yang betul untuk mencapai matlamat. Sly kerap mencari dan mencuba pelbagai cara.

Suatu hari beliau pergi ke perpustakaan untuk memanaskan badan sambil membaca sajak Edgar Allan Poe. Setelah membacanya, Sly dapat melihat sesuatu dengan pandangan yang berbeza sekali. Beliau berkata dengan membaca sajak tersebut, beliau dapat mencari jalan yang baru untuk mencapai matlamatnya. Beliau terus mengekalkan keinginannya yang membara.

Sly cuba untuk menjadi penulis skrip tetapi setiap skripnya ditolak…

Sly Menjual Rakan Baiknya…

Akhirnya, satu krip beliau terjual, “Paradise Alley” dengan harga $100. Wang tersebut tidak kekal lama. Beliau jatuh miskin. Pernah beliau mejual barang kemas isterinya (jangan ikut perangai ni). Beliau begitu terdesak sehinggakan beliau sanggup menjual anjing peliharaannya; iaitu rakan baiknya. Beliau cuba menjual dengan harga $50 tetapi tiada siapa yang ingin membeli. Beliau mengubah cara menjual dan akhirnya menjual anjing tersebut kepada seseorang yang tidak dikenali dengan harga $25. Ini adalah titik kejatuhan paling teruk dalam hidup beliau.

Suatu malam beliau menonton perlawanan tinju di antara Muhammad Ali dan Wepner di telivisyen. Wepner teruk dikerjakan Muhammad Ali tetapi Wepner tidak berputus asa dan tetap melawan. Sly secara automatik mendapat idea untuk filemnya Rocky. Beliau terus mula menulis skrip selama 20 jam tanpa henti dan akhirnya skrip tersebut berjaya dihasilkan. Akan tetapi, skrip tersebut tidak berjaya dijual.

Sly Mahu Untuk Membintangi Filem…

Setelah beberapa kali skrip beliau ditolak, ada seorang yang percaya dengan skrip tersebut dan menawarkan $125,000. Sly akan menjual skrip tersebut jika beliau menjadi pelakon utama dalam filem itu. Beliau diberitahu yang beliau bukan calon yang sesuai dan tidak dikenali. Sly menolak tawaran tersebut walaupun beliau dan keluarga memerlukan wang.

Beberapa tawaran yang beliau terima sehingga pada satu masa beliau ditawarkan $325,000 untuk skrip tersebut tetapi beliau tolak kerana beliau tidak ditawarkan untuk menjadi pelakon utama. Skrip tersebut akhirnya dijual pada harga $35,000 dengan Sly ditawarkan untuk berlakon sama. Dari situ bermulalah perjalanan hidup beliau sebagai seorang seniman.

Apa Yang Anda Dapat Pelajari Dari Kisah Hidup Sly?
Sly mempunyai keinginan yang membara. Beliau tahu akan hasilnya, matlamatnya, melakukan tindakan dan tetap fokus. Ini amat diperlukan oleh seseorang yang inginkan kejayaan dalam setiap yang mereka mulakan.
Sly tidak takut untuk mengubah cara/teknik/jalan untuk mencapai matlamat beliau. Beliau mencuba dengan kerap sekali. Cuba ubah teknik/cara sesuatu yang anda lakukan jika hasil yang anda dapat bukan seperti yang anda inginkan.
Sly membakar semua jambatan atau jalan yang lain. Beliau tidak mahu untuk mengambil jalan lain yang tidak membawa beliau kepada tercapainya matlamat yang diimpikan. Kadangkala, untuk mencapai sesuatu matlamat anda perlu lupakan jalan yang tidak membawa kepada kejayaan. Sentiasa FOKUS pada matlamat anda!
Sly melakukan pengorbanan. Walaupun beliau jatuh miskin, pernah ditawarkan $325,000 untuk skrip beliau dan tidak ditawarkan untuk berlakon dalam filem tersebut, beliau tetap menolak tawaran itu. Untuk mencapai hasil atau keputusan yang diinginkan, kadangkala anda perlu lakukan pengorbanan. Jika terdapat jalan yang mudah, ia nampak bagus pada masa itu tetapi ia tidak akan membawa anda kepada matlamat yang anda impikan selama ini.

Ya, untuk berjaya anda perlu ada keinginan yang sentiasa membara, tidak takut untuk berubah jalan, lupakan jalan yang tidak membawa ke arah kejayaan, dan membuat pengorbanan jika perlu.

Saya berharap kisah ini dapat menaikkan semangat anda bukan sahaja untuk mencapai matlamat dan keinginan, tetapi untuk menunjukkan kepada anda bahawa tidak ada perkara yang mustahil untuk berjaya dalam apa jua…Sly pun boleh berjaya, apa lagi kita?

credit to Shukor

Jom Klik LIKE

Kisah Kejayaan Mohd Nasaruddin Ahmad – Pengarah Urusan Nurbeautyline Holdings Sdn Bhd & Nurbeautyline Skincare Sdn Bhd

Posted on : 07-09-2010 | By : mirlme | In : Blog, Kisah Kejayaan, Motivasi, Tips Motivasi, Usahawan

Tags: , ,

1

LATARNYA tidak mempunyai ilmu asas perniagaan seperti ahli perniagaan berjaya lain, namun tidak bermakna seseorang itu tidak boleh berjaya.

Pemilik produk kesihatan dan kecantikan Nurbeautyline ini mengakui, minat mendalam terhadap bidang perniagaan membuatkan dia tekad mengambil risiko meskipun waktu itu krisis kegawatan ekonomi melanda negara.

“Saya berasal daripada keluarga susah. Ayah hanya pekerja buruh biasa di jabatan kerajaan, manakala ibu suri rumah sepenuh masa.

“Sebagai anak kedua daripada lima beradik, saya rasa bertanggungjawab membantu orang tua. Bagi meringankan beban mereka, saya berusaha mencari pendapatan sendiri untuk menampung perbelanjaan harian,” katanya.

Menurut bapa seorang cahaya mata ini lagi, jika kanak-kanak lain seusia dengannya pergi sekolah berbekalkan wang saku pemberian ibu bapa, berlainan pula dengannya.

Seawal usia 12 tahun, Nasaruddin menjual kuih seperti karipap, bingka ubi dan nasi lemak yang dibuat jirannya di Hospital Alor Setar untuk menampung perbelanjaan. Dengan wang itu dia membeli barangan keperluan dan dijadikan wang saku.

Tamat alam persekolahan di Sekolah Menengah Syed Mohammed Al-Bukhari, Alor Setar, dia bekerja sebagai kedi golf di Kelab Golf Diraja Alor Setar dengan pendapatan RM300 sebulan.

Keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melayakkan dirinya memasuki Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam jurusan Komunikasi Massa (pengiklanan).

Tamat belajar, Nasaruddin bekerja sebagai jurujual di Yaohan, The Mall selama tiga bulan sebelum diterima bekerja di bahagian jualan di Kumpulan Karangkraf.
“Selepas lapan tahun di sana, saya berasa bosan dan mula berfikir mahu mencuba sesuatu yang baru selain tidak mahu bekerja makan gaji saja.

“Akhirnya saya tekad berhenti kerja dan membuka syarikat pengiklanan dengan modal RM50,000. Waktu itu saya berdepan risiko besar iaitu krisis ekonomi,” katanya.

Menurut Nasaruddin, keadaan waktu itu hanya Tuhan yang tahu. Tiada pelanggan, tidak dapat bayaran pada waktu, ditambah pula pelanggan dipercayai seakan-akan mengelak apabila diminta membuat pembayaran, antara cabaran dihadapi.

Pun begitu, semuanya dianggap asam garam dunia perniagaan yang sedikit sebanyak mengajarnya supaya tidak terburu-buru membuka sesuatu perniagaan.

Selepas itu dia membuka syarikat penerbitan di Sentul Raya bersama dua rakan selama dua tahun sebelum ditutup kerana masalah peribadi.

“Walaupun dua syarikat dibuka tidak berjaya saya tidak putus asa, malah membuatkan saya berusaha memiliki sebuah syarikat kukuh seperti orang lain.

“Bersandarkan pengalaman sewaktu membuka syarikat pengiklanan dulu, bidang kosmetik dilihat mempunyai potensi tinggi untuk berjaya berbanding produk lain.

“Atas alasan itu saya beranikan diri membuka perniagaan berasaskan kecantikan dan kesihatan menggunakan bahan utama kolagen dan soya,” katanya.

Kewujudan sesuatu produk baru memerlukan masa untuk dikenali. Begitu juga produk kolagen yang mula diperkenalkan oleh Nasaruddin.

Dia berdepan cabaran sukar apabila masyarakat kurang memberi sambutan terhadap produk keluarannya. Namun sokongan keluarga dan rakan membuatkan dia tidak pernah putus asa, malah bekerja lebih keras.

“Alhamdulillah, promosi dijalankan seperti mengiklankan produk di media cetak dan elektronik membantu meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap khasiat kolagen dan soya.

“Produk ini semakin mendapat tempat dan sambutan diterima sungguh menggalakkan. Bermula dengan hanya produk daripada kolagen, kini Nurbeautyline mengorak langkah dengan menghasilkan produk kecantikan dan minuman sarang burung,” katanya.

Nasaruddin turut berbangga kerana dia menjadi peneraju pengeluaran produk berasaskan kolagen di negara ini. Namun sedikit kecewa kerana selepas bersusah payah membina perniagaan itu dan berjaya mendidik masyarakat mengenai khasiatnya, ada pihak lain cuba mengambil kesempatan mengeluarkan produk seumpamanya.

“Selepas menghasilkan produk ini, banyak pihak lain turut sama menghasilkan produk mereka berasaskan kolagen. Namun saya percaya rezeki ada di mana-mana,” katanya.

Mengenai kelebihan produk keluaran syarikatnya, Nasaruddin berkata, kolagen produknya diimport dari Jepun kerana mempunyai kualiti terbaik dan ada sijil halal sah selain harga ditawarkan berpatutan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nurbeautyline.com.my

PROFIL
NAMA: Mohd Nasaruddin Ahmad
UMUR: 42 tahun
JAWATAN: Pengarah Urusan Nurbeautyline Holdings Sdn Bhd dan Nurbeautyline Skincare Sdn Bhd
ASAL: Alor Setar, Kedah
ISTERI: Norita Muhammad
ANAK: Nur Nadhirah (16)
PENDIDIKAN: Diploma Komunikasi Pengiklanan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam

credit to Hmetro

Jom Klik LIKE

Kisah Kejayaan Erni Dekritawati Yuliana Buhari – Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd

Posted on : 07-09-2010 | By : mirlme | In : Blog, Kisah Kejayaan, Usahawan

Tags: , , , , ,

3

JIKA diukur dengan masa, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, mungkin masih terlalu mentah untuk memahami sepak terajang dunia perniagaan. Meneruskan legasi ibunya, Datuk Sosilawati Lawiya sebagai pengasas empayar produk kecantikan Nouvelles Visages sejak lima bulan lalu, anak sulung enam beradik itu perlu secekal ibunya dalam mengharungi dunia perniagaan serba mencabar.

Mungkin pada anggapan sesetengah pihak, meneruskan perniagaan diwarisi daripada keluarga lebih mudah berbanding individu yang berhempas pulas membangunkan jenama bermula dari bawah.

Namun Erni Dekritawati Yuliana atau lebih dikenali Rita mempunyai pandangan berbeza. Baginya, individu yang mula-mula membangunkan perniagaan dengan individu yang meneruskannya mempunyai cabaran masing-masing.

“Produk ini sudah 12 tahun di pasaran dan dikenali. Cabaran saya ialah bagaimana mengekalkan perniagaan ini untuk tempoh 20 tahun akan datang. Asas sudah ada, cuma saya perlu memajukan perniagaan ini bagi memastikan ia kukuh dan boleh bersaing di pasaran antarabangsa,” katanya.

Rita mengakui masih banyak perlu dipelajari untuk menerajui Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd kerana tanggungjawab dipikulnya sebagai pengarah syarikat terlalu berat dan memerlukan tumpuan penuh.

“Saya mungkin terlalu muda untuk menjadi orang atasan, tetapi saya perlu tunjuk saya boleh memimpin orang lain. Jangan pandang daripada segi rupa dan umur, sebaliknya tengok pada pemikiran kerana saya sebenarnya ‘kecil-kecil cili padi’,” katanya.
Antara dilema dihadapi Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd ini ialah ketika berurusan, orang bertanya usianya dan memberi reaksi terkejut sambil mengatakan dirinya muda.

Diajar berdikari sejak kecil, Rita mendapat pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni (Tekstil) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Perniagaan Antarabangsa di Universiti Nottingham Trent, United Kingdom.

Rita mendapat pendedahan dalam dunia perniagaan sejak sekolah menengah apabila ibunya sering membawanya ke pejabat.

“Saya diajar membuka bil, cara menarik pelanggan dan melayani pelanggan yang datang membeli produk. Setiap kali cuti sekolah, saya tidak berpeluang pergi bercuti seperti rakan lain, sebaliknya wajib datang ke pejabat seperti orang bekerja iaitu pergi pagi balik petang.

“Dulu saya sering tertanya-tanya kenapa ibu buat begitu. Saya merasakan dia tidak memberi kebebasan kepada saya. Ibu tidak pernah jawab apabila saya bertanya, cuma dia kata, nanti saya akan tahu. Sekarang saya sedar dia lakukan semua itu untuk memberi pendedahan kepada saya,” katanya.

Menurut Rita, dia pernah meminta kebenaran ibunya untuk mencari pengalaman kerja di United Kingdom selepas tamat pengajian kerana penuntut asing mempunyai dua tahun visa untuk kerja.

“Bagaimanapun, ibu tidak membenarkan saya meneruskan niat itu dengan alasan buat apa membazir masa sedangkan ibu boleh mengajar banyak benda. Akhirnya saya akur kehendak ibu untuk menguruskan syarikat,” katanya.

Antara perubahan dilakukan gadis itu ialah mengubah kaedah pemasaran produk yang lebih moden dan mengikut peredaran masa. Rita menggunakan saluran media cetak dan elektronik selain laman web sendiri dalam mengetengahkan produk kecantikan Nouvelles Visages.

Terkenal dengan produk kosmetik, Nouvelle Beauty Centre turut membuka galeri pengantin, penjagaan kesihatan, salun rambut dan kecantikan serta hartanah.

Butik andaman pengantin, salun rambut dan spa beroperasi di Wisma Nouvelle, Cyberjaya manakala Nouvelle Development membangunkan kawasan komersial di Kota Damansara.

“Saya juga bercadang membuka perniagaan berkaitan fesyen kerana ada pengetahuan dalam bidang itu. Saya tidak mahu membazirkan tempoh lima tahun belajar bidang tekstil.

“Ilmu itu nanti boleh membantu memberi peluang pekerjaan kepada orang lain menerusi pembukaan butik yang mengetengahkan pakaian rekaan saya. Ia dijangka dilancarkan tahun depan,” katanya.

Walaupun bergelar pengarah, Rita berkata, ibunya sentiasa memantau pergerakannya iaitu perlu patuh pada waktu kerja dengan masuk pada jam 9 pagi.

“Kami tinggal serumah dan ibu mudah memantau pergerakan saya. Saya perlu datang ke pejabat jam 9 pagi setiap hari,” katanya.

>PROFIL
NAMA: Erni Dekritawati Yuliana Buhari
JAWATAN: Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Perniagaan Antarabangsa Universiti Nottingham, United Kingdom
UMUR: 25 tahun
ASAL: Kuala Lumpur
ADIK BERADIK: Sulung daripada enam beradik

credit to Hmetro

Related Posts with Thumbnails
Jom Klik LIKE