Featured Posts

Mirlme Blog Rss

Mulakan Perniagaan Internet Anda Sekarang!

Posted on : 27-11-2009 | By : mirlme | In : Blog

Tags: , , , , , , , , , , , ,

0

cat-internet

Yah, adalah perlu bagi anda mulakan perniagaan internet anda sekarang!

Kerana anda akan menempuh 1001 halangan baru yang anda tidak pernah

terfikir pun yang anda boleh menyelesaikannya!

Tapi dengan pengalaman, anda pasti boleh menyelesaikan rintangan !

Jadi Mulakan Perniagaan Internet Anda Sekarang!

Jom Klik LIKE

Hukum Tarikan – The Law Of Attraction

Posted on : 27-11-2009 | By : mirlme | In : Blog

Tags: , , , ,

5

Apa yang kita fikirkan hari ini akan menentukan apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Jika kita mahukan masa hadapan yang cemerlang, kita perlu berfikir dan mencipta keinginan ke arah kecemerlangan itu! Inilah yang dikenali sebagai Hukum Tarikan atau The Law Of Attraction

Bila kita mengimpikan sesuatu dan sentiasa memikirkannya di dalam minda, berdoa sepanjang masa, bersolat hajat, selebihnya kita bertawakkal, dan ianya tercapai. Jawapannya ialah Quran, melalui Quran, kuasa tarikan yang terhasil diselarikan dengan petunjuk Allah S.W.T.

Dengan perkataan lain, ketika kita memikirkan sesuatu kita sedang menarik sesuatu kearah diri kita. Maka rupanya yang kita lalui adalah Hukum Tarikan.

Hukum Tarikan memberi tindak balas pada segala perkara yang kita pancarkan dengan menghasilkan getaran (fikiran dan perasaan) yang lebih banyak, samada positif mahupun negetif. Hukum itu hanya bertindak balas dengan getaran kita.

Tenaga getaran yang dihasilkan melalui emosi akan memberikan kesan tarikan pada keadaan persekitaran. Maka sebab itulah kita mesti sentiasa berfikiran positif dalam apa jua dugaan yang datang , ujian yang diterima dalam hidup dan kehidupan. Kerana ia mempengaruhi sebahagian kehidupan kita.

Jom Klik LIKE

Sebahagian Proses Kehidupan Ialah Kegagalan Sebelum Kejayaan

Posted on : 21-11-2009 | By : mirlme | In : Blog

Tags: , , , ,

0

Kata orang, “gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya”… kata bijak pandai pula, ” kegagalan merupakan satu anak tangga untuk menuju kejayaan”. Namun sesetengah individu yang mengalaminya menukar kegagalan tersebut sebagai sumber untuk bangkit semula atau failing forward berbanding failing backward. John C.Maxwell pernah mengetengahkan istilah ini yang sealir dengannya.

Tiga bentuk tindakbalas individu terhadap kegagalan:-
a) Sikap individu yang membiarkan sahaja kegagalan yang menimpa dirinya. Hal ini akan menyebabkan dirinya mengalami situasi yang lebih parah.

b) Individu yang bersikap tidak mahu menerima kegagalan yang melanda dirinya itu. Individu ini selalunya lebih menyalahkan orang lain kerana pihak itu meyebabkan kegagalan itu.

c) Akhir sekali, individu yang menerima kegagalan itu dan seterusnya terus bangkit semula serta belajar dari kegagalan itu. Sikap ini harus dipuji kerana ia dilihat sebagai turning point dalam hidup mereka untuk berjaya.

Sebagai kesimpulannya, bangkit dari kegagalan merupakan usaha individu tersebut untuk bangkit dari permasalahan dengan lebih bersemangat dan bertenaga secara bijaksana. Keupayaan ini merangkumi kekuatan fizikal, mental dan sosiologi bagi mengadaptasi kegagalan.

Related Posts with Thumbnails
Jom Klik LIKE