Featured Posts

Mirlme Blog Rss

10 Sifat Lelaki Buruan Wanita

Posted on : 09-06-2009 | By : mirlme | In : Blog

0

1. Prihatin
Bukan mudah menemukan lelaki yang bersikap prihatin secara tegar.
Kebanyakkannya hanya sandiwara bersifat sementara dan lakonan paling
mujarab kala ingin membelai hati gadis pujaan. Namun lelaki perlu tahu
dan sedar akan kepentingan sifat ini tersemat dalam diri. Ini kerana
wanitia amat menyayangi lelaki yang mendengar dengan teliti setiap
butir ucapan mereka dan disusuli dengan reaksi yang menyenangkan.

2. Penawar
Ramai wanita meniginkan kehadiran lelaki bistari meluahkan kata-kaya
azimat sebagai penawar kala ditimpa musibah. Sedia maklum, hati wanitia
cukup sensitif dan mudah terguris. wanita juga menyenangi lelaki dengan
kata-kata pujian untuk setiap kejayaan apatah lagi yang sentiasa berada
di sisi takkala musibah datang melanda.

3.Kebebasan
Wanita tidak meminta kebebasan keterlaluan. cukuplah sekadar diberikan
hak memilih secara mutlak secara mutlak dalam beberapa urusan contohnya
memilh peralatan rumah, membantu pasangan dalam sistem kekeluargaan (
bagi mereka yang sudah berkahwin) atau menyusun ragam kediaman mengikut
cita rasa mereka. jika pasangan kurang menyenangkan , teguran atau
kritikan lembut lagi membina amat di alu-alukan.

4.waspada
sikap waspada dan hati-hati lelaki dalam melontar kritikan dan pendapat
antara faktor lelaki terus disenangi dan wanita pula pantas ingin
mendampingi. selain waspada tutur kata, waspada akal & pertimbangan
juga antara pakej kualiti terbaik yang bakal meletakkan seorng lelaki
itu sbg sanjungan wanita.

5.Harum
sudah menjadi fitrah wanita sinonim dengan subjek kebersihan dan
kecantikan (tetapi tidak semua wanita masa kini) oleh itu wahai lelaki
sila pastikan anda cukup prihatin akan soal kebersihan diri, kekemasan,
penampilan dan paling pentig anda bebas daripada masalah aroma tubuh
yang mengloyakan.

6.Pemurah
wanita menyenagi pasangan yang tidak terlalu berkira akan soal wang dan
perbelanjaan. Bagi pasangan suami isteri menyerahkan soal catuan
perbelanjaan rumah tanggan antara mandapat yang amat dihargai oleh
seorng wanita. ini menunjukkan betapa pasangan amat dipercayai dan
membuat wanita dihargai.

7. kompromi
bukan mudah menemukan lelaki sebegini namun, inilah antara kualiti
buruan wanita. wanita menghargai kehadiran lelaki yang sering
berkompromi dan sedia menerima kekurangan pasangan seadanya malah yang
tidak terlalu cerewet atau kerap mengkritik pasangan juga antara
ciri-ciri lelaki idaman semua wanita.

8. penyokong
lelaki bersifat menyokong ibarat tunjang yang menjadi sandaran dan
harapan kepada wanita. dengan dorongan secara fizikala dan emosi ,
wanita dapat menilai sejauh mana sifat tanggungjawab dan prihatinya
pasangan dalam mewarnai kehidupan mereka.

9.Damai & cinta
lelaki memliki sifat cintakan kedamaian adalah lelaki yang tidak
berpotensi menjadi pasangan yang bersifat panas baran, kaki *censored*l
@ pendera. Anda perlu ingat, wanita bukan sahaja disayangi dan dicintai
malah untuk dilindungi dengan sewajarnya.

10.Tanpa kuasa veto
Wanita lebih cenderong untuk mendampingi lelaki yang tidak dijadikan
kuasa veto sebagai alasan mengecepi nikmat kehidupan terindah contohnya
tidak melandaskan alasan dipandang manis meskipun bersifat curang,
berhak memilih pasangan lebih daripada seorng wanita @ tidak
menghormati wanita lantaran berpaksikan fahaman bahawa wanita tidak
layak setanding dengan lelaki.

Related Posts with Thumbnails
Jom Klik LIKE

Comments

comments

Write a comment

*
CommentLuv badge